HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Oktober 2012

SPR akan laksanakan cadangan PSC pada PRU 13, kata Nazri


Datuk Seri Nazri Aziz berkata bahawa SPR akan melaksanakan 26 daripada 32 cadangan yang dibuat PSC pada pilihanraya umum yang akan datang.
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.

Dari 32 cadangan yang dibuat oleh PSC, hanya enam sahaja yang tidak akan dilaksanakan kerana melibatkan kos tambahan, kata menteri di jabatan perdana menteri dalam respon kepada Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow.

Kumpulan pemantau pilihan raya, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), telah mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun lalu dan memaksa kerajaan untuk melaksanakan perubahan yang dituntut.

Kerajaan kemudian meluluskan Akta Perhimpunan Aman selepas perhimpunan tersebut dan menubuhkan PSC bagi perubahan dalam sistem pilihan raya.

Pada April lalu, laporan PSC telah dikeluarkan dan parlimen telah meluluskan dengan tiada debat antara ahli parlimen pembangkang dan kerajaan.

Bersih berkata perubahan itu tidak mencukupi dan seterusnya membuat perhimpunan pada 28 April yang lalu.

Perhimpunan pertama diadakan pada 2007, yang dikatakan menjadi punca keputusan paling teruk  Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2008, apabila hilang manojoriti dua per tiga majoriti di parlimen dan lima negeri kepada Pakatan Rakyat.

“Setakat yang kita tahu, Dewan Rakyat telah meluluskan sepuluh tuntutan pada Disember 2011 dan 22 lagi pada April 2012.

“SPR telah memberitahu kita bahawa kesemua cadangan sedang dan akan dilaksanakan. Daripada 32, hanya enam sahaja yang tidak dilaksanakan kerana mengikut undang-undang dan kos yang tinggi,” kata Nazri lagi.

Bagaimanapun, Nazri berkata itu tidak bermakna SPR tidak akan melaksanakan enam cadangan tersebut pada masa akan datang.

Antara cadangan yang akan dilaksanakan pada pilihan raya akan datang ialah penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih oleh Mimos, membenarkan undi pos untuk pekerja media dan penambahbaikan untuk tempat mengundi agar memastikan undi kekal rahsia.

Tiada ulasan: