SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman memberi
tempoh seminggu dan mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim menjelaskan status sebenar bas mewah dua tingkat yang pihaknya
hendak sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, masa seminggu diberikan kepada Khalid bermula hari ini dan
jika enggan memberi sebarang penjelasan dan kenyataan, pihaknya sendiri
akan membawa perkara ini kepada badan bertanggungjawab untuk menyiasat.
"Jika Khalid benar-benar ikhlas dan tulus, beliau sepatutnya sedia memberi penjelasan dan jawapan kepada rakyat.
"Memang isu ini sudah lama, tetapi yang menjadi persoalan, hingga kini
Khalid gagal memberi jawapan yang tepat berhubung status bas berkenaan,"
katanya pada sidang media, hari ini.
Pada 30 Ogos lalu, Khalid mengeluarkan kenyataan mendakwa bas mewah itu
disewa selama enam bulan dan kos dibiayai sepenuhnya oleh beliau.
Bagaimanapun, pada 25 September lalu, sebuah portal online mendedahkan
butir-butir terperinci bas itu didaftarkan di atas nama menteri besar
tersebut.
"Di sini timbul kekeliruan, jika benar ia disewa, mesti diletakkan nama
syarikat yang menjalankan perniagaan menyewa kenderaann," katanya.
Beliau menambah, situasi menjadi semakin keliru apabila Khalid sekali
lagi memberi kenyataan pada 27 September lalu menafikan hubung kait
pembelian bas tersebut dengan pembelian 50 unit lori sampah oleh
kerajaan negeri dan menyatakan bas mewah dimiliki dengan cara sewa beli.
"Jadi mana satu yang betul? Bagaimana boleh seorang pemimpin negeri
mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam tempoh sebulan? "ujarnya.
Beliau berkata, tempoh seminggu yang diberi kepada Khalid cukup adil
bagi memberinya ruang untuk menjelaskan agi menghuraikan persoalan yang
tidak pernah dijawab ini.
"Persoalan yang tidak pernah dijawab ini boleh menimbulkan banyak
persepsi, jadi saya mhon agar Khalid bertanggungjawab memberi penjelasan
secepat mungkin," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan