Jika
kita melumati dunia kegerejaan, penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi
penganutnya sendiri masih menjadi suatu polemik hangat dalam kalangan
pendeta-pendeta mereka. Pengesyoran tersebut dianggap terlalu liberal
dan membahayakan pengikutnya. Lantaran itu, apabila isu penggunaan
kalimah Allah dipertahankan dengan cara terdesak, ia dilihat seolah-olah
mempunyai agenda yang tersendiri.
Apapun
makarnya, inilah bukti yang menunjukkan bahawa kepercayaan penganut
Kristian terhadap tuhannya begitu rapuh. Dalam masalah nama pun mereka
tidak mempunyai pendirian yang jelas sama ada mahu menggunakan
perkataan Allah ataupun God, Yahweh, Jehovah, Elohim, Father dan
sebagainya.
“Dan
ingatlah, ketika orang-orang kafir menjalankan tipu daya terhadapmu
untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan
tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah
sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.” (Surah al-Anfaal: ayat 30)
Hari ini, walaupun umat Islam dihidangkan dengan pelbagai andaian dan keresahan mengenai kejahatan belakang tabir yang mungkin sahaja wujud daripada agenda missionari (kristianisasi), kita sewajarnya merasa megah dengan keunggulan agama Islam kerana desas-desus inilah salah satu bukti keunggulan tamadun Islam suatu ketika dahulu. Tamadun Islam yang penuh dengan nilai-nilai kemanusian, norma, doktrin, bahasa dan akhlak Islam yang mewarnai minda masyarakat umum satu ketika dahulu dan pernah menjadi “fenomenologi” terhebat di seluruh dunia.
Negara Barat juga mempelajari kegemilangan tamadun yang ada pada umat Islam. Malangnya, mengapa hari ini imej umat Islam dan tamadunnya kerap menjadi mangsa distorsi dan fitnah media Barat? Tidak lain kerana ada antara faktor-faktor tersebut adalah kerana sikap negatif yang ada pada umat Islam sendiri.

Ketahuilah,
tamadun Islam adalah tamadun yang tunduk dan patuh kepada perintah
Allah, taat pada ajaran Rasul-Nya, menghubungkan segala jenis ilmu,
sosio-budaya dan kesenian kepada Maha Pencipta. Buktinya, nama Allah
tidak hanya disebut di dalam solat tetapi disebut setiap kali sebelum
menjamah hidangan, diakhiri dengan ucapan “segala puji bagi Allah”.
Nama Allah
diagungkan apabila proses penyembelihan dilakukan, diucap-tama apabila
berada di dalam majlis keramaian dan doa kesyukuran, ditulis di dalam
buku-buku fizik, biologi dan perubatan seperti yang dilakukan oleh
at-Tifasyi (1184 M – 1253 Masihi), pakar pengkaji geologi beragama
Islam yang menulis kitab “Azhaarul Afkaar fi Jawaahirul Ahjaar”. Kitab
karangan at-Tifasyi menjadi rujukan sekolah-sekolah sains di Eropah
termasuk negara-negara maju yang lain. Tifasyi telah memulakan
penulisan kitab tersebut dengan nama Allah sebagaimana berikut, “Segala
puji bagi Allah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang dan dengan-Nya kami mohon petunjuk…”
Tamadun
Islam juga pernah mengambil falsafah Yunani sebagai ilmu moden, tetapi
tidak 100 peratus meniru metodologinya yang cuba menafikan kewujudan
Tuhan. Begitulah para ilmuwan Islam meneroka ilmu dengan tujuan untuk
menguatkan lagi keimanan kepada Allah. Hubungan akademik dan ketauhidan
terhadap Allah sentiasa bergandingan dan tidak lelah dipopularkan oleh
para cendikiawan Islam silam.
Pengaruh
bahasa Arab yang terhasil daripada pendidikan, penulisan, dan
penterjemahan telah membantu perkembangan bahasa secara tidak langsung.
Kerana itu, penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian bukanlah
suatu isu yang baru, ia adalah kesan daripada perkembangan budaya dan
ilmu Islam suatu ketika dahulu. Tidak mustahillah apabila penggunaan
nama ‘Allah’ turut tersebar di kepulauan Melayu, Acheh, Tanah Jawa,
Sumatera pada abad ke-14 hingga 18 Masihi, iaitu tahun ajaran Islam mula
bertapak di Asia.
Oleh sebab
itu, seharusnya kita bertindak dengan cara yang bijaksana dalam
menangani permasalahan yang dilatari oleh masalah-masalah di “tempat
tumbuhnya”. Malah, yang dilakukan oleh komuniti Kristian meyakinkan
dakwaan bahawa pendeta mereka bukan sahaja sanggup mengubah sebutan
tuhannya; bahkan mereka juga sanggup menukar teks sebenar bible yang
ada di tangan mereka. Demikianlah bukti bagaimana Allah menjaga
kesucian zat-Nya kerana pada nama-Nya terdapat reputasi yang
mengandungi erti yang sangat dalam bagi Si Penyandang. http://tarbawi.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan