Sekurang-kurangnya
5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah
ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada
Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen
Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, taktik kotor itu dilakukan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersekongkol dengan Menteri Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal
Abidin yang berminat untuk bertanding.
“Pertembungan
kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan
dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno
BN itu.
“Kita
kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada
yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan
pengundi. Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah
Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya.
Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya.
“Sebelum
ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk
lambuk. Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan
Rakyat 1Malaysia).
“80
peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100
peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini
memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno
yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan,” sambungnya.
“Nong Chik
sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan jadi juara.
Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi Nong Chik
ada projeknya sendiri,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Kini, ada
ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik (gambar) sekalipun
terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang
mendapat tender kontrak berbilion ringgit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan