Editor BULETIN
Lanjutan daripada itu, JMM telah menamatkan amaran hujan lebat dan angin kencang pada 8.35 malam, 7 Januari 2013.
Namun begitu, data yang dikeluarkan bersama oleh Pusat Amaran Ribut Angkatan Laut dan Udara Amerika Syarikat menunjukkan ribut Sonamu yang melencong ke Baratdaya sedang menghala ke Borneo dan dijangka membadai Malaysia Timur khususnya negeri Sarawak pada 12:00 GMT Khamis 10 Januari.
Ribut tersebut dijangka 'melanggar' daratan negeri Sarawak pada titik 4.8 N,108.6 E.
Sonamu dijangka membawa angin maksimum 1 minit berterusan ke rantau tersebut sekitar kelajuan 64 km sejam (40 batu sejam). Ramalan turut dinyatakan terjahan angin di kawasan itu mungkin jauh lebih tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan