HALAMAN SANTAI
Rabu, 3 Julai 2013
316 lokap, 50 bilik soal siasat dilengkapi CCTV
Sebanyak 316 lokap polis dan 50 Bilik Soal Siasat (BSS) dilengkapi Kamera Litar Tertutup (CCTV), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Pemasangan CCTV bagi lokap polis bermula sejak 2002 manakala CCTV di BSS dipasang sejak 2011," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai jumlah lokap dan BSS yang dilengkapi CCTV, jenama dan tahun pemasangan serta peruntukan untuk setiap pemasangan itu.
Mengenai kos pemasangan, Ahmad Zahid berkata, ia bergantung kepada tender dan sebut harga yang dilaksanakan oleh kontinjen masing-masing mengikut kuantiti yang diperlukan.
"Ia juga berdasarkan jumlah sel dalam lokap berkenaan dan kelengkapan CCTV yang dipasang," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), pula berkata kerajaan sedia meminda seksyen 2A Akta Rahsia Rasmi (Pindaan 1986) jika perlu.
Beliau berkata, Sekyen 2A akta itu menyebut menteri boleh dari masa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam warta, menambah, memotong atau meminda mana-mana peruntukan jadual kepada akta tersebut. - Bernama,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan