HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Julai 2013

IRRIM desak SKMM, polis bertindak tegas


IRRIM desak SKMM, polis bertindak tegas
Amir (tiga, kiri) membuat laporan polis di IPD Dang Wangi,semalam.
 
KUALA LUMPUR - Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRRIM) mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis bertindak tegas terhadap mereka menghasut orang Islam melalui laman sosial supaya murtad.

Presiden IRRIM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, komen ke arah itu yang dipapar di laman sosial peserta ratu cantik, Sara Amelia Muhamad Bernard, melampau.

Katanya, ia dilihat sebagai cuba perlekeh fatwa, mengajak orang Islam murtad.

“Kenapa perlu perlekeh fatwa dan ajak orang Islam murtad, sedangkan sertai dan anjur pertandingan itu juga jelas melanggar Akta Pentadbiran umat Islam Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505)?

“Kita harap tindakan tegas diambil terhadap individu yang memberi komen negatif begini ,” katanya selepas membuat laporan polis, semalam.

"Individu cuba cetus api perkauman perlu segera berhenti sebar fitnah,” katanya.

Isu itu menimbulkan kontroversi sebelum ini selepas ada antara empat peserta ratu cantik beragama Islam yang dibatalkan dari bertanding Miss World Malaysia 2013 didakwa menyatakan kekecewaan dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan itu.

Susulan itu, Bahagian Penguatkuasaan jabatan Agama Islam akan buka kertas siasatan di bawah Seksyen eksyen 7,Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559)

Tiada ulasan: