HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Julai 2013

Izzah mahu PM tunai janji mansuh Akta Hasutan


Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar - FOTO: SAFWAN MANSOR
 
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini telah mengusulkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Hasutan (Pemansuhan) 2013 bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Beliau berbuat demikian kerana mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal melaksanakan janji untuk memansuhkan akta tersebut, setahun lalu.

"Langkah ini diharap dapat menamatkan era penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 menerusi pemansuhannya sekaligus dapat melaksanakan reformasi tulen demi Malaysia yang lebih baik.

"Rang Undang-undang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini saya telah hantar ke pejabat Setiausaha Dewan Rakyat semalam," katanya pada sidang media, di bangunan Parlimen, hari ini.

Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Mengulas perkara sama, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, persepsi terhadap akta tersebut perlu diubah segera bagi memberi gambaran bahawa kerajaan bersungguh-sungguh ingin membuat pembaharuan.

"Mengapa pihak kerajaan belum menepati janji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948?

"Setahun sudah berlalu, dengan hakikat bahawa tanpa Akta Hasutan, sudah wujud undang-undang, sedia ada yang mencukupi dalam menangani usaha-usaha untuk mendatangkan mudarat kepada masyarakat,” ujarnya Izzah.

6 ulasan:

mantera berkata...

PM pasti akan tunaikan janji mereka

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada asas untuk melancarkan bantahan ala Arab Spring di Malaysia dengan menegaskan bahawa negara menikmati keamanan dan kestabilan selama 55 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dalam temu bual dengan BBC semalam, beliau berkata, kira-kira 28 juta penduduk Malaysia menyaksikan kemajuan ekonomi yang baik dan rakyat ada banyak perkara untuk melihat ke depan.

Tanpa Nama berkata...

Najib yang mengadakan lawatan kerja empat hari ke United Kingdom, berkata dalam konteks Malaysia, perubahan boleh dibuat dari dalam dan ia bukan hanya mengenai mengubah kerajaan. Najib menolak dakwaan Malaysia diperintah secara autokratik atau kerajaan tidak responsif kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Najib juga menjawab soalan mengenai pilihan raya umum pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) dipilih semula memegang tampuk kerajaan di tengah-tengah kebimbangan mengenai cara ia dilaksanakan. Najib juga menjelaskan langkah yang diambil kerajaan untuk menghapuskan undang-undang tertentu yang mendapat kritikan hebat.

Tanpa Nama berkata...

Perdana Menteri juga berkata, undang-undang tertentu perlu berada di tempatnya bagi memastikan Malaysia dalam suasana aman dan harmoni. Merujuk bantahan yang berlaku di Mesir, Najib berkata rakyat boleh mengadakan bantahan di Malaysia asalkan ia dilakukan secara aman.

Tanpa Nama berkata...

Mengenai pilihan raya umum 5 Mei lalu, Najib berkata, ia berhubung isu tertentu dengan pembangkang membuat janji-janji tertentu. Mengenai kenyataannya berhubung tsunami Cina selepas pilihan raya, Perdana Menteri berkata ia bukan satu tuduhan tetapi lebih kepada kenyataan.