HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Julai 2013

Kaji semula SOP elak tragedi runtuh

Mohd Sabri Said,


 

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Persekutuan diminta mengkaji semula standard operating procedure (SOP) yang diguna pakai dan menekankan kepada pematuhannya agar kejadian penyambung susur Jambatan Kedua dan runtuhan rod besi penebat kilat di Menara Umno, Jalan Macalister tidak berulang lagi.

Yang Dipertua negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas membuat gesaan itu sewaktu merasmikan Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-13 pagi tadi.

Beliau berkata,  kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan demi memastikan tragedi yang menyayat hati itu tidak berulang serta memastikan ia selamat kepada pengguna jalan raya.

Katanya, Pulau Pinang telah terbukti berjaya sebagai bandaraya pilihan utama pelancong, maka hindari kejadian yang boleh mengundang kebimbangan pelancong dan pelabur.

“Kedua-dua keruntuhan itu pasti memberi impak buruk terhadap pembangunan Pulau Pinang,” ujar beliau lagi.

Katanya, kejayaan menarik seramai 6.09 juta pelancong terbukti satu kejayaan yang sukar dilakukan sekiranya tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pemimpin dan rakyat.

Tiada ulasan: