Datuk Seri Shahidan Kassim
Beliau berkata ia boleh dipersoalkan di mahkamah kerana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Lim mengajukan pertanyaan mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat proses Pilihan Raya Umum ke-13 dan keputusannya, sama ada ia bersih dan adil.
Shahidan berkata Seksyen 35, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) juga menjelaskan petisyen pilihan raya boleh dibuat sekiranya pempetisyen merasakan perisytiharan bahawa pilihan raya tidak sah, orang itu tidak dipilih dengan sewajarnya atau sepatutnya telah tidak dilapor pilih dan suatu tafahus, jika kerusi dituntut untuk seseorang calon yang tidak berjaya atas alasan dia mendapat majoriti.
Berhubung pertanyaan Lim mengenai penubuhan RCI bagi mencari fakta dan punca rusuhan yang berlaku pada 13 Mei 1969, beliau berkata berdasarkan Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) kuasa untuk melantik pesuruhjaya terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
Shahidan berkata bagi menangani isu-isu yang membawa kepada rusuhan itu, kerajaan telah menubuhkan Majlis Muhibah dan Jabatan Perpaduan Negara bagi menggalakkan semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta menyusun dan melaksanakan dasar serta aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum.
"Berhubung kes kematian tahanan di dalam lokap, serta salah guna kuasa dan keganasan polis, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan telah menubuhkan pasukan petugas khas mengikut Seksyen 28 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Akta 700) bagi menyiasat kes itu," katanya. - Bernama
4 ulasan:
keputusan PRU adalah pilihan rakyat
Semua ahli Barisan Nasional (BN) perlu meraikan kejayaan parti memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hakikat BN menang sepatutnya dihargai kerana ia boleh menyemarakkan semangat seluruh ahli BN untuk terus bekerja keras pada PRU akan datang.
Sementara itu Muhyiddin turut menyelar pihak pembangkang yang terus bermain wayang.
Perkara itu jelas berlaku apabila mereka bertindak memprotes keputusan PRU13 dengan mengadakan Himpunan Black 505 sedangkan mereka sendiri hadir mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen Isnin lalu.
Muhyiddin turut menggesa jentera BN terus bekerja keras mulai sekarang bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap BN semakin utuh.
Catat Ulasan