HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Julai 2013

RCI: Pekerja asing Filipina bukan isu besar, kata KP Imigresen

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Pendatang asing tanpa izin dari Filipina bukan menjadi isu besar di Malaysia, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad kepada panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini.

Saksi ke-148 itu berkata, hal ini kerana jumlah pekerja asing Filipina yang bekerja di negara ini tidak berada dalam kuantiti ramai.

"Saya selalu jumpa Duta Filipina, kita berbincang berkenaan pendatang asing di Malaysia, ia bukan isu besar ... sebab saya tidak nampak isu pendatang asing ini dibangkitkan secara khusus dalam mesyuarat di peringkat Kuala Lumpur.

"Kita ada perbincangan dengan Filipina, tetapi tidak kerap. Pekerja asing Filipina (di Malaysia) tidak begitu besar. Setakat ini kita hanya benarkan pekerja lelaki sahaja untuk datang bekerja di Malaysia, sementara subsektor pembantu rumah hanya pekerja wanita," katanya kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Pendatang asing Filipina di Sabah merupakan satu isu besar ekoran pendatang daripada negara berkenaan dipercayai memperolehi kewarganegaraan secara tidak sah, malah RCI juga telah membuktikan kewujudan "Projek IC" di negeri berkenaan.

Ketika mengulas dari aspek agama pendatang asing tanpa izin di Sabah yang majoritinya beragama Islam, Alias yang dilantik sebagai ketua pengarah Imigresen sejak 15 Oktober 2010 berkata ianya hanyalah satu kebetulan memandangkan kebanyakan warga asing berkenaan datang dari Indonesia dan Selatan Filipina yang majoriti penduduknya beragama Islam.

"Secara kebetulan banyak pendatang Muslim, ia bukan satu isu, tetapi bergantung kepada jiran terdekat kita," katanya merujuk epada Indonesia dan Filipina

Beliau yang telah 30 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam turut menjelaskan beberapa kekangan yang dihadapi jabatan berkenaan dalam menguruskan kemasukan pendatang ke Malaysia, khususnya di negeri Borneo ini.

"Apabila bercakap pasal orang asing, banyak perkara di luar kawalan kita. Migrasi dari seluruh dunia berjumlah 300 juta orang.

"Bagi Sabah, kedudukan geografinya yang bersempadanan dengan negara lain, isu-isu di negara berkenaan, menyebabkan Sabah menjadi tumpuan immigran," katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan membentuk sistem yang komprehensif termasuk membentuk profil lengkap setiap pendatang di negara ini dan juga kawalan sempadan yang lebih ketat.

"Imigresen ada kekangan tapi bukan bermakna kita tak menjalankan tugas sewajarnya. Kita perlu ada sistem yang betul-betul komprehensif, contohnya setiap warga asing perlu ada profil lengkap, sempadan perlu dikawal rapi, pengurusan baik dengan negara sumber supaya mereka membantu kita," katanya dan menjelaskan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan sembilan negara Asia Tenggara, kecuali Filipina bagi tujuan itu.

"Hal-hal ini menjadi kekangan. Memandangkan dalam kes negara sumber, negara berkenaan menyumbang migrasi warga asing ke Sabah."

Di Sabah, jelasnya lagi, Imigresen tidak boleh melakukan operasi bersendirian sebaliknya  operasi berhubungkait dengan pendatang akan diuruskan oleh Petugas Khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Imigresen tidak boleh jalankan operasi bersendirian dalam konteks pendatang tanpa izin di Sabah, kita ada maklumat tapi ada kekangan seperti luas pesisiran pantai.

"Imigresen juga hanya ada kuasa menjaga pintu masuk sah sahaja," katanya lagi.

43 ulasan:

ruthless berkata...

Pemberian taraf kewarganegaraan di Sabah digantung dahulu hingga siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah selesai.

ruthless berkata...

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar,
memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa permohonan dan pemberian
taraf kewarganegaraan akan diteruskan sebaik sahaja siasatan RCI itu tamat.

Beliau juga memaklumkan bahawa pemberian taraf kewarganegaraan berjalan
seperti biasa di Sarawak, antaranya melalui program ‘outreach’ bagi memastikan
anak-anak tempatan dapat menikmati kemudahan pendidikan dan bantuan kerajaan.

ruthless berkata...

“Saya berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak bahawa kita tidak mahu
masyarakat yang tidak berstatus warganegara, menjadi masyarakat yang terbuang
dan tersisih di masa hadapan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk
Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu).

Tiong ingin tahu rancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah
permohonan taraf kewarganegaraan anak-anak Sabah dan Sarawak.

ruthless berkata...

Wan Junaidi berkata kuasa khas di bawah undang-undang negeri akan diberikan
kepada ketua kampung, ketua kaum dan kapitan Cina membantu Jabatan Pendaftaran
Negara mengenalpasti status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa.

Beliau juga meminta wakil-wakil rakyat yang mempunyai masalah
kewarganegaraan di kawasan masing-masing untuk membawa dokumen berkaitan dan
berjumpa dengan beliau.

ruthless berkata...

Menjawab soalan asal Tiong mengenai jumlah permohonan taraf kewarganegaraan
yang telah diluluskan kerajaan di Bintulu, Sarawak sejak lima tahun lalu, Wan
Junaidi berkata sebanyak 1,507 permohonan diluluskan.

mantera berkata...

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam pelbagai bidang utama.

mantera berkata...

Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. Kehadiran mereka telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran mereka perlu dibendung dan diawasi.

mantera berkata...

Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita.

mantera berkata...

Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI.

mantera berkata...

Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.

mantera berkata...

Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing, terutamanya yang masuk tanpa izin.

mantera berkata...

Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori.

mantera berkata...

Para pendatang asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

mantera berkata...

Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin.

mantera berkata...

Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin.

mantera berkata...

Operasioperasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.

mantera berkata...

Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan.

mantera berkata...

Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja.

mantera berkata...

Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin.

mantera berkata...

Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan.

mantera berkata...

Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal.

mantera berkata...

Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan memudaratkan kesejahteraan rakyat kita.

Tanpa Nama berkata...

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan pendatang asing di Sabah hari ini diberitahu pendatang asing dari Filipina dan Indonesia lebih setia kepada majikan dan lebih berpengalaman dalam menjalankan tugas berbanding pekerja tempatan.

Pengurus Kumpulan Liziz Sdn Bhd, Chong Fook Soon berkata kepada panel RCI beliau menggaji pekerja asing bukan disebabkan tiada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan tetapi disebabkan pekerja asing lebih berpengalaman ketika bekerja.

Tanpa Nama berkata...

RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sebelum ini telah diberitahu terdapat pelarian Filipina yang diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara walaupun penggunaan dokumen IMM13 itu berdasarkan peruntukan undang-undang tidak membenarkan mereka memperolehi dokumen tersebut.

Jelas pengurus kepada projek pembinaan jalan raya di Kalabakan itu lagi, beliau menggaji 20 pekerja asing dari Filipina dan Indonesia, yang mempunyai pengalaman dalam bidang elektrik dan mekanik.

Tanpa Nama berkata...

Sesi RCI pada Mei telah diberitahu Sabah mengeluarkan kad pengenalan 12 kali lebih tinggi berbanding Sarawak dengan 66,000 pendatang asing di Sabah telah menerima kad pengenalan biru sejak 1963.

Sementara itu, saksi ketiga hari ini dan 142 untuk sesi RCI, Ketua Cawangan Perundangan dan Penguatkuassan Jabatan Perikanan Sabah, Mohd Yusof Anthony Abdullah berkata majoriti kes pengeboman ikan di Sabah dilakukan warga asing dari Filipina.

Tanpa Nama berkata...

Jelasnya lagi, antara yang ditahan pihak Jabatan Perikanan adalah warga Filipina dengan kad IMM13, kad pelarian perang dari Filipina ke Sabah.

"Ada juga rakyat tempatan, ada juga yang ditahan menggunakan kad pelarian perang," katanya.

Bagi mengelakkan kegiatan itu dihidu pihak berkuasa, kumpulan nelayan itu turut menjadikan hasil tangkapan mereka sebagai ikan kering dan ikan masin di laut, dan hanya menjualnya ke darat kerana ikan yang dibom boleh dikenal pasti melalui tekstur luaran dan juga berlaku pendarahan dalaman di bahagian dalam ikan berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Geng sebelum ini memberi keterangan sebanyak 5,373 pendatang di Sarawak telah diberikan IC biru dari 1963 hingga 2012.

Dianggarkan sekitar 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk Sabah adalah warga asing, menjadikannya berjumlah sebanyak 889,000 orang.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), yang merasakan kedaulatan dan masyarakat tempatan negeri Borneo itu menerima ancaman, termasuk dari segi politik dan juga sosial daripada warga asing Filipina dan Indonesia.

Unknown berkata...

Penganugerahan taraf kewarganegaraan kepada seseorang bukan diberi secara automatik atau satu perkara yang menjadi hak semua orang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, bukan satu perkara mudah bagi kerajaan untuk meluluskan sesuatu permohonan kewarganegaraan kerana ia melibatkan banyak aspek yang perlu diteliti.

Unknown berkata...

Tegasnya, setelah kerajaan berpuas hati berhubung kesahihan sumber pemohon dan kajian terperinci dilakukan, maka permohonan tersebut diluluskan untuk diberi taraf kewarganegaraan.

Bagaimanapun katanya, tidak semua permohonan yang diterima akan diluluskan dan ada yang ditolak kerana masalah dokumen tidak lengkap serta pemohon tidak dapat dihubungi.

PEMBERIAN TARAF KEWARGANEGARAAN TERTAKLUK PADA SYARAT2 YANG KETAT. BUKAN SEWENANG2 DIBERIKAN PADA SESEORANG PEMOHON

Unknown berkata...

"Kelulusan untuk satu-satu permohonan kadang kala memakan masa yang lama kerana kerajaan ingin memastikan sumber diperoleh adalah sahih dan mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

MEMANG SEPATUTNYA MENGAMBIL SATU TEMPOH MASA YANG LAMA NAMUN ADA PIHAK2 TERTENTU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB HINGGA TIMBUL ISU YANG MELIBATKAN PEMBERIAN IC SEGERA.

Unknown berkata...

KDN mempunyai piagam tersendiri dalam usaha menyelesaikan secepat mungkin permohonan yang dikemukakan.

Katanya, kementerian menetapkan tempoh selama dua tahun bagi memberi jawapan kepada pemohon yang ingin menjadi warganegara Malaysia.

PROSEDUR YANG SEPATUTNYA MELIBATKAN SATU TEMPOH MASA YANG AGAK PANJANG.

zam berkata...

Pemberian taraf kewarganegaraan di Sabah digantung dahulu hingga siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah selesai, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

zam berkata...

Beliau memberitahu Dewan Rakyat kelmarin bahawa permohonan dan pemberian taraf kewarganegaraan akan diteruskan sebaik sahaja siasatan RCI itu tamat.

zam berkata...

Beliau juga memaklumkan bahawa pemberian taraf kewarganegaraan berjalan seperti biasa di Sarawak, antaranya melalui program ‘outreach’ bagi memastikan anak-anak tempatan dapat menikmati kemudahan pendidikan dan bantuan kerajaan.

zam berkata...

“Saya berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak bahawa kita tidak mahu masyarakat yang tidak berstatus warganegara, menjadi masyarakat yang terbuang dan tersisih di masa hadapan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu).

zam berkata...

Tiong ingin tahu rancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah permohonan taraf kewarganegaraan anak- anak Sabah dan Sarawak.

xppixma berkata...

Guru perlu mempunyai aspirasi untuk sama-sama membangunkan sistem pendidikan negara bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025.

xppixma berkata...

Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, guru juga perlu sentiasa berpegang teguh kepada etika profesion perguruan ke arah melahirkan pelajar berkualiti.

xppixma berkata...

Menurutnya, setiap guru perlu bertanggujawab mengenalpasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap pelajar mereka agar generasi pelapis mampu mengorak langkah ke arah kecemerlangan diri, bangsa dan negara.

xppixma berkata...

Pelbagai dasar, polisi dan pembangunan pendidikan direncana dan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dengan tujuan dan harapan untuk memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran di sekolah

xppixma berkata...

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IBK), Datuk Khairil Awang pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tawau di SJK Yuk Chin kelmarin.

xppixma berkata...

Katanya, warga pendidik juga harus menyedari, selain bertanggujawab mengajar dan mendidik, guru juga perlu menggalas amanah yang berat kerana mereka berperanan membentuk akhlak jati diri anak didik mereka.

xppixma berkata...

Pada majlis itu, Cikgu Jamal Sulaima, 62, Ghazali Salali, 62 dan Michel Chong, 70 diumum sebagai penerima tokoh guru bagi daerah ini pada tahun in