KUALA LUMPUR
Satu peratus daripada keseluruhan (28.3 juta) penduduk Malaysia
menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah
kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Menyedari
tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental
seseorang, Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi
mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu.
Ini
dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat
hospital mental di seluruh negara, katanya. “Terdapat 224 pakar
psiakiatri dan 100 pakar psiakiatri klinikal di seluruh negara,” kata Dr
Hilmi ketika menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayem Perumal
pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini Khamis.
Kepada
soalan asal Bagiam yang bertanyakan langkah Kementerian Kesihatan untuk
memberi kesedaran mengenai masalah stres kepada rakyat, beliau berkata
ia termasuk mewujudkan satu portal mengenai perkara itu dan
mempertingkat program dan latihan kemahiran menangani stres dalam
kalangan komuniti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan