Editor BULETIN
“Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.......masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya semalam.
Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu juga mengesahkan kejadian rompakan juga berlaku di kediaman ibunya pada hari Sabtu 27 Jun lalu.
“Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya, Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera,” tulisnya lagi.
Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.
Pada 13 Januari 2013, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan indeks jenayah menurun tetapi persepsi kebimbangan tentang peningkatan jenayah mungkin timbul disebabkan laporan media massa itu yang sering mengetengahkan berita jenayah sebagai tatapan utama kepada pembaca.
"Indeks jenayah negara berjaya mencatat penurunan memberangsangkan tetapi persepsi orang ramai tentang keadaan jenayah masih sukar untuk ditukar.
"Apabila berita jenayah mendominasi setiap laporan berita, keyakinan orang ramai tentang keberkesanan pelaksanaan mengurangkan jenayah juga akan terhakis. Disebabkan itu mereka percaya jenayah di dalam negara ini berada di tahap yang membimbangkan," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan