Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk
menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah
amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut.
Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan
pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas. Terdapat rungutan umum
berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 5 Mei.
Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang
penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia
mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan.
SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen
baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti
dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan
Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya
nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.
Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia
yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi
juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak
kekal.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga
berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima
surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang
dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat
kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.
26 ulasan:
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Dengan tertubuhnya pasukan menyiasat mengenai dakwat kekal, adakah para pemimpin Pakatan Rakyat sudah cukup berpuas hati selepas berhempas pulas mendesak kerajaan pusat dan SPR menggunakan sistem itu?
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Mengimbas kembali detik-detik bantahan para pemimpin Pakatan dan juga Bersih terhadap penggunaan sistem Biometrik, ternyata puak-puak ini tidak pernah mengkaji baik buruknya sesuatu sistem itu sebelum dilaksanakan.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Seolah-olah dakwat kekal adalah kaedah paling sempurna di dunia walaupun telah diberikan amaran bahawa dakwat kekal tetap tidak menjamin ketelusan pilihanraya sebagaimana yang telah berlaku di beberapa buah negara yang menggunakan kaedah ini.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO tajaan mereka sebenarnya faham dan sedia maklum mengenai risiko yang memungkinkan berlakunya penipuan ketika hari mengundi. Atas sebab itu mereka mendesak kerajaan pusat dan juga SPR supaya menggunakan kaedah ini agar mereka sentiasa mempunyai isu untuk dimainkan jika kalah PRU13.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Semuanya telah dirancang dengan rapi bagi memburuk-burukkan SPR dengan menuduh badan itu bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional, sekaligus menanam bibit-bibit kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan harapan tercetusnya satu fenomena Arab Spring versi Malaysia.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Malang sekali apabila desakan pembangkang ini tidak dikekang dengan hujah yang tegas sejak awal lagi. Maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut berdasarkan pengalaman di beberapa buah negara. Kini, apabila pilihanraya sudah berlalu, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor SPR berkaitan dakwat kekal.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sejak mula lagi dan boleh dielakkan jika puak-puak terdesak ini tidak taksub dengan dakwat kekal sehingga sanggup mengheret rakyat ke jalanraya semata-mata mahu ianya dilaksanakan. Objektifnya hanya satu iaitu menuduh SPR tidak telus yang kemudiannya dijadikan alasan untuk menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya ditolak.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Apa yang mungkin rakyat terlepas pandang dalam kes ini ialah, wajarkah SPR dan kerajaan BN dipersalahkan sedangkan pada awalnya SPR dan BN amat keberatan untuk melaksanakan kaedah primitif ini?
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Hanya pihak yang mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya sahaja yang terdesak mahu ianya dilaksanakan agar strategi yang telah dirangka sejak 2008 itu dapat berjalan dengan lancar sesuai dengan impian Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Tidak dinafikan, SPR dan BN juga telah melakukan kesilapan namun kesilapan mereka bukan kerana penipuan pilihanraya, sebaliknya kerana terlalu berlembut serta mudah bertolak ansur dengan puak-puak pembangkang yang mana niat jijik mereka amat jelas kelihatan tanpa perlu disuluh.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Sebab itu rakyat sudah mula muak dengan kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja pada waktu pengundian 5 Mei lepas, malah ketika anjuran demonstrasi Blackout di Padang Merbok.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Lagipun, bukan sekali Pakatan Rakyat melakukan kesilapan seperti ini. Sebelum insiden Lahad Datu, siapa yang lebih dulu menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"? Begitu juga sebelum demonstrasi BERSIH bertukar ganas, siapa yang lebih dulu membangkitkan soal keganasan pihak polis?
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Taktik yang sama turut digunakan dalam isu dakwat kekal dimana Pakatan tidak henti-henti menuduh bahawa ianya bakal dimanipulasikan BN, sedangkan merekalah yang lebih dulu mahu ianya dilaksanakan dan mereka jugalah yang memanipulasinya dengan mencipta pelbagai cerita karut untuk santapan minda rakyat.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Kesimpulannya, Pakatan berjaya menjadikan kerajaan serta SPR sebagai badut sarkas dengan bantuan NGO-NGO yang dibiayai oleh mereka dan juga kuasa asing serta sokongan segerombolan penyokong-penyokong Pakatan yang berjaya "dikencing" Anwar. Namun, jika kita kaji dan imbas kembali sebelum dan selepas PRU13, ternyata kebodohan Pakatan tidak pernah pudar dalam parti itu.
TOLONG SIASAT JUGA CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM AGENDA MEMUSNAHKAN NEGARA OLEH ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT SEPERTI YANG DIDAKWA JUSUF KALLA
Dakwat kekal yang dicanang mereka kehulu dan kehilir sebagai kaedah TERBAIK, TELUS, BERSIH dan TIDAK MUDAH DIMANIPULASI akhirnya terbukti ianya boleh dimanipulasikan sebagaimana mereka memanipulasinya. Malah lebih melucukan, apabila cadangan "terunggul" itu jugalah yang bakal disiasat oleh SPRM kelak.
Dakwat Kekal: Shahidan Sahkan Dakwat Berkualiti
Kisah pengundi hantu telah pun senyap, begitu juga kisah ‘blackout’ ketika pengiraan undi. Laman-laman sosial puak PR yang sebelum ini begitu giat mencanang, menyebar dan menghentam SPR atas dua isu ini kini berpura-pura pekak apabila ditanya kenapa tiada laporan polis berkenaan dua tuduhan tersebut.
Satu-satunya isu yang belum senyap dan terus dicanang bagi ‘mengenakan’ SPR ialah isu dakwat kekal. Dan hari ini, akhbar-akhbar perdana melaporkan bahawa SPR akan disiasat oleh SPRM mengenai isu ini.
Dakwat Kekal: Shahidan Sahkan Dakwat Berkualiti
Kita sambut berita ini dengan tangan terbuka kerana semua pihak perlu meletakkan titik noktah kepada semua kegilaan tuduh menuduh ini.
SPR tidak wajar dijadikan satu-satunya kambing hitam sedangkan mereka sejak awal lagi menolak penggunaan sistem dakwat kekal ini atas alasan tiada kredibiliti. Namun, pihak pembangkang terus mendesak penggunaannya sehingga membawa kepada beberapa siri demonstrasi jalanan yang berakhir dengan keganasan.
Dakwat Kekal: Shahidan Sahkan Dakwat Berkualiti
Kerajaan akhirnya akur kepada desakan pembangkang dengan harapan ia akan membawa Malaysia kembali tenang dan aman. Bagaimanapun, apa yang ditakuti oleh SPR iaitu dakwat kekal bakal membawa masalah terbukti berasas apabila banyak aduan mengenai sifatnya yang ‘tidak kekal’ diterima.
Sehubungan dengan itu, SPR tidak semena-mena telah dipertanggungjawabkan pula.
Dakwat Kekal: Shahidan Sahkan Dakwat Berkualiti
Pembangkang benar-benar menjadikan SPR sebagai ‘punching bag’ dalam isu ini. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu semuanya secara terang-terangan menuduh SPR menipu.
Namun, dengan perkembangan terbaru ini, kita semua berpeluang untuk mendapat kisah sebenar tentang siapa yang menipu dan siapa yang tertipu. Siasatan pastinya akan membongkar segala-galanya termasuk siapa pembekal dakwat kepada SPR dan dari mana mereka mendapat bahan-bahan untuk membuat dakwat tersebut, siapa yang menyediakan khidmat pembotolan atau kotak, malah pengangkutan yang digunakan untuk menghantarnya.
Dakwat Kekal: Shahidan Sahkan Dakwat Berkualiti
Selain itu, setiap seorang terlibat seperti petugas yang mengendalikan dakwat serta agen-agen parti yang menjadi pemerhati juga akan dikenalpasti dan disoal.
Menjawab isu ini bagi pihak kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menjelaskan bahawa dakwat kekal berkenaan telah diuji sebelum pilihanraya dan kredibilitinya adalah menepati piawaian. Beliau juga menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal berkenaan telah digantikan dengan pewarna makanan dan tahap ketahanannya bergantung kepada individu serta usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan kesannya.
Dakwat Kekal: Shahidan Sahkan Dakwat Berkualiti
Perlu difahamkan bahawa SPR adalah sebagai pelanggan dan bukan pembekal dakwat.
Sekiranya bekalan tidak menepati kualiti yang ditawarkan pada awalnya, ia merupakan satu penipuan di pihak pembekal dan bukan SPR. Ini juga membawa makna pembangkang telah memfitnah SPR. Jika ini berlaku, maka SPR tentunya punya hak untuk membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pembangkang berdasarkan hasil siasatan tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberikan sepenuh kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila siasatan akan diadakan berhubung isu penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Kami akan memberikan kerjasama kerana kita sangat ingin tahu terhadap apa yang sebenarnya berlaku.
"Kami hanya terkejut bahawa dakwat itu boleh dibasuh," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Katanya, beliau mengetahui bahawa siasatan akan dijalankan oleh SPRM.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, siasatan akan menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur rasuah seperti penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan dalam mendapatkan dakwat berkenaan.
"Spesifikasi (dakwat) juga merupakan satu lagi aspek yang akan diteliti
Dakwat kekal digunakan oleh SPR buat kali pertama untuk mengelakkan kemungkinan mengundi berulang tetapi suruhanjaya itu menerima pelbagai kecaman daripada parti-parti politik, calon-calon pilihan raya dan para pengundi apabila dakwat itu begitu mudah untuk dibersihkan.
Laporan polis kemudiannya dibuat oleh segelintir pengundi yang mendakwa dakwat itu mudah dibersihkan dalam tempoh beberapa jam.
Dalam tempoh sehingga pilihan raya pada 5 Mei laly, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dakwat itu akan kekal pada jari pengundi selama kira-kira lima hingga tujuh hari.
Beliau juga berkata bahawa dakwat dengan berus dan tempat meletak tangan melibatkan kos kira-kira RM6 juta.
Catat Ulasan