"BILA aku mimpi saja, kau datang. Aku mimpi saja kau datang....."
(Dialog Filem Labu-Labi). Bila Pilihanraya saja kau muncul, bila
pilihanraya saja, kau muncul. Itulah dia Hassan Jati. Sudah lama
menjadi bisu semenjak Umno/Bn gagal perolehi 2/3 majoriti di dalam
Parlimen bahkan hilang 7 Kerusi Parlimen kepada PR.
Kali ini Hassan Jati muncul lagi kerana ada PRK di Dun Kajang. Beliau
bertambah tercabar bila yang datang ke Kajang itu adalah Anwar. Anwar
musuh Nombor Wahid buat Hassan Jati, sebab itulah sewaktu keputusan
Mahkamah Jalan Duta di dalam kes fitnah Liwat II terhadap Anwar dulu,
semua pimpinan PR termasuk PAS bersetuju untuk hadir beri sokongan moral
kepada Anwar, kecuali Hassan Jati. Waktu itu beliau masih ahli PAS
dan secara terbuka mengajak ahli-ahli PAS jangan sertai himpunan
sokongan terhadap Anwar. Alhamdulillah, tidak ramai yang yang termakan
hasutan ejen Syaitan dikenali.
Hati siapa tidak sakit bila ramai yang menyokong Anwar waktu itu dan
tidak memperdulikan nasihat beliau sebagai Pakar Motivasi? Mereka yang
hadir menyokong Anwar waktu itu bukan kerana batang tubuh Anwar tetapi
mereka tahu kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar melampau batasan.
Kita juga beri sokongan kepada mangsa-mangsa kezaliman yang lain seperti
Teoh Beng Hock, Kugan dan sebagainya. Ertinya tiada istilah taksub
pada Anwar pun.
Bila Anwar dirasakan melakukan perkara yang silap, bukan sedikit yang
menegurnya. Begitu juga jika Presiden PAS sendiri lakukan kesilapan ada
yang menegur. Itulah hebatnya kita di dalam PR. Berbeza dengan
Umno/Bn. Hassan Jati berani tegur Najib? Mahu tegur Rosmah pun
tergagap-gagap Pakar Motivasi ini. Silap-silap Rosmah yang 'Motibasi'
kan dia.
Hassan Jati kata, undi untuk Anwar di Kajang sama dengan undi rosakkan
akidah. Ertikata lain, undilah calon MCA dari Bn walaupun terang-terang
MCA itu pernah beri amaran pada Umno agar jangan buat Hudud. Presiden
MCA dulu, Chua Soi Lek pun beberapa kali hina hukum Islam. Tapi bagi
Hassan Jati, itu tiada masalah asalkan jangan sokong Anwar. Ini lah
wajah sebenar Hassan Jati yang di dalam hatinya terdapat seketul daging
yang teramat busuk. Memang wajar PAS buang insan sebusuk ini daripada
disimpan kerana akhirnya nama PAS pun akan turut tercemar dengan kuman
yang dibawa oleh Hassan Jati ini.
Umpama Hantu tidak bertuan. Umno tidak ingin bela Hassan Jati. PAS
sudah buang. Mahu masuk PERKASA pun dia tahu martabat dia akan jatuh
jika berada bawah ketiak Ibrahim Alkataki. Kalau jadi bos, mungkin dia
teringin. Mahu sertai TIBAI, lagi lah Hassan Jati merasa getik (geli)
duduk bawah kelangkang "Mur Shit Am" nya iaitu Zahid Md Arip. Mahu
sertai PKR, alamak....malu beb!!! Lagi pun PKR lebih rela bela anjing
daripada bela Hassan Jati sebab anjing pun kalau dia gigit orang mesti
ada sebab.
Akhirnya jadi lah Hantu tidak bertuan. Bila Hantu tiada tuan, bertambah jahat lah jadinya. Ke hulu ke hilir cari mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan