Nur Shakira Buang
PETALING JAYA: Perjanjian air yang dimeterai oleh kerajaan Selangor dan
Putrajaya adalah berat sebelah, malah mungkin haram kerana ia tidak
dibentangkan untuk kelulusan Exco kerajaan negeri terlebih dahulu.
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli mendakwa Memorandum Persefahaman
(MoU) itu juga akan membawa kepada kenaikan harga air secara mendadak di
Selangor.
Kenyataan Rafizi itu menyerlahkan penentangan terbuka PKR terhadap
tindakan Khalid menandatangani MoU itu pada Rabu lalu, tanpa memaklumkan
Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Rafizi menekankan bahawa kuasa kerajaan negeri adalah di tangan Exco,
justeru kelulusan badan itu adalah wajib untuk MoU berkenaan.
“Kuasa urus tadbir negeri adalah terletak pada Exco, jadi kesahihan MoU
dipertikaikan kerana ia ditandatangani (oleh Khalid) tanpa dibentangkan
kepada Exco,” kata beliau.
Khalid mendakwa PKR dipinggirkan daripada MoU itu kerana bimbang
makluman mengenai perjanjian itu di seleweng oleh pihak tertentu untuk
agenda peribadi.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
bagaimanapun berkata, kandungan MoU berkenaan sudah dimaklumkan kepada
wakil rakyat PKR dan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
Ia termasuklah RM9.65 bilion ditawarkan kepada empat syarikat konsesi air untuk kerajaan negeri mengambil alih aset mereka.
Kerajaan negeri juga bersetuju memberikan kebenaran kepada Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Rafizi mendakwa kandungan MoU hanya mengikat kerajaan negeri untuk
memberikan segala kelulusan yang diperlukan oleh Putrajaya untuk
pelaksanaan Langat 2.
“Pada masa yang sama, semua tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mengenai
penstrukturan air hanyalah satu persefahaman yang tidak mengikat di
sisi undang-undang," jelas beliau.
Rafizi berkata MoU itu jelas berat sebelah Putrajaya dan “Kerajaan
Selangor seolah-olah melepaskan satu-satunya senjata yang ada untuk
berdepan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Projek Langat 2 tanpa
mendapat apa-apa komitmen yang mengikat dari Kerajaan Persekutuan".
Beliau juga berkata pengambilahan aset syarikat konsesi akan dilakukan penerbitan bon yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.
Selepas pengambilalihan empat syarikat itu, aset-aset air seperti
empangan, loji rawatan, sistem paip dan lain-lain akan dipajak kepada
syarikat baru.
Beliau berkata sudah tentu aset berkenaan akan dipajak dengan harga
yang bagi menanggung bon-bon yang dijamin Kerajaan Persekutuan.
“Ini bermakna tarif air di Selangor dinaikkan untuk menanggung kosnya
termasuk bayaran pajakan tahunan kepada Perbadanan Aset Air Berhad
(PAAB).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan