HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Mac 2014

Putrajaya, 8 kawasan catat IPU tak sihat

MALAYSIAKINI




 
 
 
Sembilan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 7 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Nilai (102), Seri Manjung (104), Banting (135), Kuala Selangor (153), Pelabuhan Kelang (155), Petaling jaya (123), Shah Alam (123), Batu Muda (101) dan Putrajaya (108).

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

JAS melaporkan lewat tengah hari atau petang, bacaan IPU dijangka meningkat ekoran kepekatan ozon yang tinggi yang berpunca dari pengaruh cuaca panas.- Bernama

Tiada ulasan: