NASRUDIN HASSAN
Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah
SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya,
disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika
Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu
supaya disempurnakannya di hari kiamat.
Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya
besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah
itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan
kesusahan.
Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat
keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima
kemurkaan Allah.” (Riwayat: at-Tirmizi)
Huraian Hadith:
Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
Oleh
itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak
ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
Seseorang
yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia
dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya
iaitu sampai ke hari kiamat.
Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
Seseorang
yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia
menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang
yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan