HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Jun 2014

Pemerdagangan Orang: Jumlah Yang Ditahan, Didakwa Tidak Sepadan Jumlah Kes

 
 
 
PETALING JAYA: Malaysia mengenalpasti 650 mangsa pemerdagangan manusia tahun lepas tetapi hanya sembilan pedagang manusia telah ditangkap dan disabitkan kesalahan.

Ini menjadi antara sebab utama mengapa kedudukan negara ini telah menurun kepada Peringkat 3 dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TiP) 2014 - ranking yang paling rendah, dan berada dalam kategori yang sama seperti Thailand, Venezuela, Korea Utara, Arab Saudi dan Zimbabwe.

Malaysia kini perlu berusaha untuk merapatkan jurang antara jumlah mangsa dan bilangan orang yang dibawa ke muka pengadilan, menurut Duta Besar Duta Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab bagi Membanteras Pemerdagangan Manusia, Luis CdeBaca.

Laporan TiP 2014 menyatakan bahawa Malaysia telah mengurangkan usaha penguatkuasaan undang-undang anti-pemerdagangan dan dilaporkan siasatan dan sabitan pada 2013 adalah lebih sedikit berbanding dengan 2012.

CdeBaca, yang mengetuai Pejabat Pemantau dan Membanteras Pemerdagangan Orang berkata layanan terhadap mangsa juga adalah kritikal.

"Semua orang tahu jika anda melayan mangsa anda dengan sebaiknya, mereka akan menjadi saksi-saksi yang baik untuk anda di mahkamah," CdeBaca memberitahu The Star dalam satu temu bual telefon dari Washington.

Beliau berkata ini termasuk menyediakan penjagaan psikologi dan aspek keselamatan terhadap mangsa.

CdeBaca juga menggesa Malaysia supaya memberikan sokongan yang lebih baik untuk organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa perdagangan manusia.

"Negara-negara yang mengadakan kerjasama erat dengan masyarakat awam dalam memerangi penyeludupan manusia akhirnya menjadi yang paling berjaya," katanya.

Beliau menegaskan bahawa NGO tidak mungkin merujuk kes kepada pihak berkuasa jika mangsa disimpan di pusat-pusat tahanan dan dihantar pulang.

Memetik kes mangsa yang telah ditahan di pusat perlindungan selama hampir setahun, beliau berkata: "Mereka tidak ada kebebasan untuk bergerak.

"Mereka tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan tetapi masih berada di belakang pintu pagar dan kawat berduri."

Walau bagaimanapun, CdeBaca mengakui terdapat peningkatan sejak 2009.

Beliau berkata Malaysia mempunyai pegawai-pegawai yang berdedikasi dalam usaha memerangi penyeludupan manusia dan penurunan dari Peringkat 2 bukan satu cacian terhadap mereka yang berada di barisan hadapan.

Beliau berkata laporan TiP, yang diterbitkan sejak 2001, dibuat berdasarkan Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan AS tahun 2002.

"Ini adalah Perjanjian Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah ditandatangani kebanyakan negara," katanya.

Beliau juga menafikan kritikan bahawa sekutu rapat AS tidak akan jatuh ke kategori Peringkat 3.

"Kita hanya perlu melihat penurunan tahun ini oleh Colombia, Qatar, Malaysia dan Thailand untuk menyedarkan bahawa Amerika Syarikat tidak takut untuk memberitahu kebenaran tentang keadaan pemerdagangan.

"Saya fikir adalah menjadi tanggungjawab untuk memberitahu rakan-rakan anda apabila terdapat masalah dan bekerjasama dengan mereka untuk cuba menangani perkara itu," katanya.

MH370: Kementerian Pengangkutan Jumpa JACC Dapatkan Maklumat Sahih

Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai.

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB 


PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Australia berhubung perkembangan terbaharu pencarian MH370 dalam tempoh terdekat.

Menteri Pengangkutan yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pertemuan itu akan membabitkan Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Pertemuan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terbaharu pencarian MH370. Kita memerlukan lebih banyak maklumat bagi memberikan maklumat tepat (mengenai MH370) kepada rakyat.

"Ini kerana banyak laporan yang tidak sahih mengenainya. Adalah lebih baik untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang tepat supaya Malaysia menjadi yang pertama mendapatkan maklumat sahih itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sebelum ini merupakan pemangku Menteri Pengangkutan di Kementerian Pengangkutan di sini, Isnin.

Laporan media asing pada Jumaat lalu yang mendakwa kononnya laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menyatakan semua penumpang dan krew MH370 dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas manakala pesawat dipandu melalui pemanduan automatik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi.

Liow berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pengangkutan China, Yang Chuangtang pada malam Isnin berhubung perlantikannya dan hal-hal berkaitan.

Beliau bagaimanapun berkata, satu pertemuan akan diadakan bersama dengan Chuangtang di Beijing, China sebaik sahaja perbincangan bersama pihak berkuasa Australia berhubung MH370 dilakukan.

Ditanya adakah beliau bersedia dengan pelbagai persoalan mengenai MH370, Liow berkata: "Saya yakin dan akan terus bekerjasama dengan Hishammuddin dan kementerian-kementerian lain bagi memastikan perkara berkaitan MH370 dapat ditangani dengan baik."

Mengenai laporan ATSB setebal 55 muka surat itu turut menjelaskan beberapa petunjuk luar biasa sepanjang laluan penerbangan pesawat dan tiada campur tangan juruterbang juga dikatakan mengukuhkan dakwaan itu.

Pada Ahad, Liow berkata, laporan media berkenaan hanyalah khabar angin sehingga beliau menerima pengesahan berhubung  perkara itu.

Datuk Saifuddin Letak Jawatan Bantah Kem. Pendidikan Berhentikan Pengarah UMCEDEL

KELAB GREENBOC


Atas prinsip...saya letak jawatan'


SHAH ALAM - Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya.

Saifuddin berkata, tindakan tersebut dilakukan adalah sebagai tanda sokongannya terhadap Mohamad Redzuan, serta atas prinsip kebebasan akademik.

“Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas Umcedel dan Dekan Fakulti Sains Sosial UM.

“Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini, beliau diarah meletak jawatan sebagai Pengarah Umcedel. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini," ujar Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

“Hari ini, beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah FSSS). Saya tahu akan cerita ini sejak awal (melalui beliau dan Naib Canselor UM)...," kongsinya lagi di laman sosial Facebook miliknya.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh Kementerian Pendidikan atas ‘campur tangan politik’.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Kajian Umcedel yang kerap kali ‘memihak’ kepada Pakatan Rakyat dianggap sebagai antara punca Mohammad Redzuan dipaksa melepaskan jawatannya.

Antara hasil kajiannya ialah sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menurut laman sesawang UM, Mohammad Redzuan berkhidmat sebagai Pengarah Umcedel dari 26 Febuari 2012 hingga 31 Disember 2014. -SH



Profesor UM letak jawatan selepas diarah Kementerian Pendidikan


Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
~TMI

Amaran PAS pada MCA: Jangan bermain api

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras kenyataan Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang meminta pihak polis agar membuat pemeriksaan ke atas semua ahli PAS berikutan terdapat bekas pemimpinnya menyertai pergerakan jihad di Syria.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad (gambar) memandang berat kenyataan Kim Seng itu kerana ia secara jelas berniat menakut-nakutkan rakyat terutamanya dari kalangan masyarakat Cina terhadap PAS.

"Saya bagi pihak Presiden PAS dan para pemimpin parti memberi amaran keras kepada MCA agar jangan sekali-kali bermain dengan api agama bagi menakutkan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina terhadap perjuangan PAS.

"PAS adalah sebuah parti politik yang sah dan telah terlibat secara aman di dalam proses demokrasi dan pilihan raya di negara ini sejak tahun 1955,” tegas beliau.

Kim Sen membuat gesaan itu ketika mengulas laporan media mengenai seorang bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin yang menyertai aktiviti jihad di Syria.

Pemimpin MCA itu juga turut menggesa pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh Ustaz Lotfi telah menyerap ke dalam parti dan perkembangan di Syria dan Iraq mempunyai kesan ke atas PAS.

Menurut Dr. Syed Azman, tindakan MCA menggesa anggota PAS disiasat adalah berniat jahat dan tidak bertanggungjawab serta boleh menimbulkan ketegangan agama dan kaum.

"Apakah niat sebenar MCA? Nak takut-takut masyarakat Cina terhadap PAS? Ini politik bermotif jahat bagi memburuk-burukkan PAS," tegas beliau lagi.

Dr Syed Azman turut "memulangkan paku buah keras" dengan menyoal sama ada semua anggota MCA perlu disiasat apabila ada di kalangan pemimpin mereka yang jelas terbukit terlibat dalam kongsi gelap dan judi haram.

"Ada pemimpin MCA yang terlibat dalam rasuah dan penipuan. Malah ada pemimpin MCA yag terlibat dalam skandal seks. Apakah perlu semua ahli MCA disiasat?" jelas beliau lagi.

Dr Syed Azman menambah, PAS sejak dari awal penubuhannya telah mengambil pendekatan politik secara aman di negara ini dan telah banyak membantu negara bagi menjamin keamanan dan keselamatan.

Malahan tambah beliau, tidak ada rekod yang membuktikan PAS terlibat dalam mana-mana kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan dan keselamatan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa PAS tidak teragak-agak mengambil tindakan serta memecat mana-mana ahlinya yang terlibat di dalam apa jua bentuk aktiviti yang bertentangan dengan prinsip perjuangan yang didokongi PAS selama ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkali-kali menegaskan bahawa pendekatan politik yang diambil PAS di negara ini adalah secara aman dengan terus terlibat dalam proses pilihan raya dan demokrasi walaupun ianya tempang dan tidak adil.

Dr. Syed Azman menggesa pemimpin MCA itu segera menarik balik kenyataan yang berniat jahat tersebut bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di negara ini terus terjamin.

"PAS akan kekal berjuang secara aman di negara ini dan akan terus menyumbang secara positif bagi menjamin keamanan dan keharmonian kaum dapat terus dikekalkan,” ujarnya.

Bufet Ramadan: Jakim perlu siar senarai halal

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa agar menyiar nama hotel atau penyedia bufet Ramadan yang telah memperolehi sijil halal bagi mengelakkan berlakunya penipuan terhadap umat Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Umar ketika menghubungi Harakahdaily berkata, penyenaraian itu penting bagi memberi kemudahan kepada umat Islam untuk menentukan tahap kebersihan makanan yang mereka sediakan.

"Kita mahu jaminan dari Jakim terhadap hotel-hotel atau restoran besar yang menawarkan bufet Ramadan dari segi status halalnya.

"Jakim perlu mengeluarkan senarai hotel-hotel yang telah diakui halal dan kita tidak mahu tertipu dengan sijil halal palsu yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha hotel atau restoran besar yang ingin mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan ini," jelasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Jakim menyenaraikan kesemua hotel dan restoran yang memohon sijil halal yang telah ditolak permohonannya.

"Kita juga mahu tahu berapa banyakkah hotel atau restoran yang telah memohon sijil halal tetapi telah ditolak permohonannya, Jakim kena keluarkan senarainya.

"Apabila senarai itu dikeluarkan mudah untuk kita membuat rujukan dengan lebih tepat," sambung beliau lagi.

Mahfuz turut meminta agar kerajaan membuat pemantauan dan menghadkan iklan-iklan bufer ramadan yang keterlaluan harganya bagi mengelakkan berlakunya pembaziran atas kesempatan yang diambil oleh pihak pengusaha hotel mahupun restoran.

Serambi Mekah pangkalan gerakan Islam

ASLANI M 


KOTA BHARU: Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan hendaklah bersama-sama mengekalkan kepemimpinan ulama bagi memacu dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, mereka mempunyai sumbangan besar bagi mengekalkan kerajaan di bawah ulama sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, ia adalah inspirasi rakyat Kelantan bagi mengekalkan Serambi Mekah sebagai pangkalan gerakan Islam di negara ini.

“Kita hendaklah sama-sama mengekalkan perjuangan Islam sebagai sebuah parti yang memerintah. Kalau ditakdir berlaku sesuatu tentunya sukar bagi kita bertapak semula.

“Suasana yang ada sekarang patut kita pupuk supaya menjadi satu kekuatan bagi memperkasakan lagi MBI,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Sebelum ini difahamkan terdapat usaha bagi memindahkan tempat mengundi dalam kalangan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan selepas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai kerajaan negeri.

“Tidak wajar sesetengah daripada kita mahu memindahkan tempat mengundi di kampung halaman masing-masing kerana ia bercanggah dengan hasrat rakyat.

“Kita tidak tahu apa tujuan sebenar mereka sama ada hendak memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor atau Pulau Pinang,” ujarnya.

Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat turut memberitahu tidak pernah wujud usaha-usaha ke arah kerajaan perpaduan (UG) seperti digambarkan sesetengah pihak sebelum ini.

Kata beliau ada sesetengah pihak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Ada orang kata sebut UG, sedangkan ia tidak pernah berlaku. Kita tetap taat setia kepada keputusan parti.

“Kalau ada perbincangan dan rundingan sebelum ini ia adalah antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, dan bukan sekali-kali melibatkan parti.

“Di Malaysia ada tiga kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Jadi hubungan antara kerajaan itu dijalin bagi kepentingan rakyat,” katanya.

Jangan tiada air pada musim raya



Oleh Timmy Say


Perang terbuka DAP dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai gangguan bekalan air kini semakin hangat.Mengapa mereka tidak mahu bersemuka untuk berperang meskipun duduk di dalam satu pasukan tiada siapa yang tahu.

Mungkin benar dakwaan dalaman bahawa Khalid ini seorang yang susah didekati. Ataupun DAP sengaja ingin membuat kenyataan media untuk mengajak lebih ramai pengundi parti mereka untuk tidak menyukai Khalid.

Yang pasti, keretakan di Pakatan Rakyat Selangor sudahpun nyata.

Kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membidas Khalid tidak boleh dipandang secara ringan.

Pua adalah jurucakap rasmi DAP. Apabila Pua membidas Khalid, ini bermakna DAP sedang mempertikaikan Khalid. Ini bukan kenyataan peribadi.

Pua mempertikaikan jaminan kerajaan negeri Selangor kepada rakyatnya bahawa tiada lagi catuan air pada masa depan sejurus selepas berlakunya gangguan bekalan air pada skala yang besar baru-baru ini yang melibatkan 700,000 buah rumah.

Dalam peperangan kenyataan media dengan Khalid, Pua menyeru beliau untuk bertanggungjawab atas masalah air negeri daripada melarikan diri dengan menuding jari pada Syabas.

Pada pendapat Pua, kerajaan negeri tidak sepatutnya membiarkan Syabas untuk menggagalkan janji yang diberikan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor.

Sebaliknya, kerajaan Pakatan Rakyat perlu dilihat proaktif untuk membantu rakyat meringankan masalah air.

Di sebelah Khalid, sudah tentu beliau berasa marah dengan tuduhan DAP ini yang seolah-olah memberikan gambaran beliau tidak mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah air.
Di hati Khalid sudah tentu terbisik, “Apa pula yang saya tidak proaktifnya?”

Selepas berlaku krisis catuan air yang lalu, Selangor membuat keputusan untuk menggunakan air kolam, ini pula dipertikaikan oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP Charles Santiago, yang mendakwa air kolam lombong di Bestari Jaya Kuala Selangor yang akan dipam ke Empangan Sungai Selangor tidak selamat untuk diminum.

Untuk mencari sumber air mentah yang baru, Selangor wujudkan Horas (projek Hybrid Off River Augmentation System), gabungan konsep Off River Storage (ORS) dan Horizontal Collector Well yang melibatkan sistem penakungan “stormwater” dari Sungai Selangor (lebihan air daripada penggunaan loji sedia ada dan air hujan) dan penakungan air bawah tanah.

Namun begitu, Khalid tetap dituduh kedekut dan tidak mendengar cakap oleh bekas Exco Selangor dari DAP iaitu Ronnie Liu.

Selangor tahu masalah air negeri tidak akan selesai selagi pihak kerajaan negeri tidak dapat mengawal empat syarikat konsesi air, terutamanya Syabas.

Apabila Selangor berjaya mendapat persetujuan kerajaan persekutuan untuk menguasai syarikat konsesi tersebut dalam proses menstruktur semula industri air di Lembah Klang, perjanjian itu dilihat serong dan Khalid pula dituduh bekerjasama dengan Umno secara diam-diam.

Ini kerana persetujuan untuk meneruskan Langat 2, yang dibantah kerajaan Pakatan Rakyat selama ini, terpaksa diberikan demi mencapai matlamat tersebut.

Di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi memberikan jaminan bahawa rakyat Selangor tidak akan mengalami catuan air pada masa hadapan.

Jaminan ini datang kerana Selangor percaya ia berjaya menyelesaikan masalah bekalan air mentah.
Perlu diingatkan, jaminan tiada catuan air berbeza dengan jaminan tidak berlaku masalah gangguan bekalan dari semasa ke semasa atas faktor-faktor tertentu yang berpunca daripada masalah di loji rawatan air, yang masih dikuasai empat syarikat konsesi air negeri.

Sedihnya, jaminan kerajaan Selangor untuk memulihkan keyakinan rakyat terus terburai apabila Pua terus menyalahkan Khalid dalam masalah gangguan air baru-baru ini kerana masalah tekanan air rendah.

Tetiba, Syabas yang bermasalah juga menjadi satu kesalahan kerajaan negeri, meskipun untuk enam tahun yang lalu, DAP bersama kerajaan negeri “berperang” dengan Syabas.

Begitulah serangan yang dibuat pemimpin DAP dalam isu air. Mesti marah dan pening Khalid dibuat mereka kerana semua langkahnya dipertikai.

Meskipun begitu ceritanya, kenyataan media serang-menyerang sesama sendiri menyebabkan rakyat Selangor berpendapat bahawa masalah air kini ia masalah pengurusan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika masalah gangguan air dan catuan air berlaku lagi sempena sambutan Ramadan dan Hari Raya ini, kemarahan rakyat akan bertuju pada Pakatan Rakyat, termasuk Khalid.

Walaupun Pakatan Rakyat sudah tentu ingin mengelakkan perkara ini daripada berlaku, meskipun daripada kalangan mereka yang ingin menumbangkan Khalid sebagai menteri besar.

Ini kerana yang terkena ialah Pakatan Rakyat dan bukannya pada Khalid seorang.

Polisi air percuma memberikan kemenangan yang memberangsangkan kepada Pakatan Rakyat.
Apakah negeri Selangor akan bertukar daripada “free-water state to a no-water state”? Bayangkan apa yang akan berlaku pada kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya itu terjadi?

Selamat berpuasa. Semoga di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang nanti, rakyat Selangor dapat menikmati adanya air setiap kali membuka pili air di rumah.

Nasib Khalid di hujung tanduk?



Oleh Zulkifli Jalil 
 
 
Apakah dengan kekalahan mengejut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di peringkat Cabang PKR Kuala Selangor beberapa hari lalu menjadi noktah pengakhiran kedudukan jawatan menteri besarnya?

Sudah beberapa kali percubaan untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebelum ini namun masih gagal dan berjaya dipatahkannya.

 Tetapi dengan kekalahan mengejutnya di tangan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang diselangi dengan kejadian pelik ‘blackout’ (elektrik terputus) hampir dua jam semasa pengiraan undi, apakah kali ini Khalid masih terselamat atau ‘bungkus’?

Walaupun percubaan terakhir untuk menyingkirkan Khalid dipercayai dilakukan menerusi Langkah Kajang dengan di saat-saat akhir Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menjadi calon kerana berdepan kes mahkamah, kekalahan di Cabang Kuala Selangor itu dilihat platform terbaik seperti mana diinginkan pihak dalam PKR untuk mengundurkan Khalid.

Kini, nasib beliau seolah-olah di hujung tanduk. Kata Anwar, kedudukan Khalid akan ditentukan pimpinan tertinggi pembangkang melalui persetujuan ramai. Di satu sudut lain, kononnya tanpa persetujuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai hubungan baik dengan menteri besar itu, segala perancangan untuk menyingkirkan Khalid tidak akan berjaya.

Mungkin Hadi sendiri merasakan beliau layak menjadi kata pemutus dengan kedudukan jumlah kerusi PAS di Selangor lebih satu kerusi daripada PKR. Namun berdasarkan sentimen tahun lalu di kala pelbagai pihak mendesak PAS tekad mengambil alih kerusi MB daripada PKR, hasilnya - wakil-wakil rakyat PAS menampakkan diri terlalu defensif.

Walaupun pada peringkat permulaan tampak begitu meyakinkan tetapi apabila ‘disergah’ dan ditambah dengan kurang pengalaman dan keintelektualan seperti mana Khalid, PAS melepaskan begitu sahaja peluang yang terhidang dalam membuktikan kewibawaannya.

Ini ditambah lagi dengan kegusaran parti berteraskan Islam itu untuk berdepan dengan satu lagi sekutu pakatan, DAP yang menjadi mastermind di Selangor.

Sabtu lalu, Manikavasagam berjaya meraih 701 undi menewaskan Khalid yang mendapat 515 undi. Khalid bagaimanapun berjaya mendapatkan undi lebih banyak berbanding penyandang, Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.

Pengundi Kuala Selangor memberikan Khalid 517 undi, Azmin 440 undi dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebanyak 50 undi.

Walaupun ada mengatakan Manikavasagam menang kerana beliau dilihat sebagai calon tertindas selepas digantung keahlian parti selama beberapa minggu ekoran beliau lantang bercakap tentang penentangan terhadap politik wang, namun isu ‘blackout’ semasa pengiraan undi tetap menjadi percakapan.

Khalid didakwa Manikavasagam sebagai seorang yang mengamalkan politik wang, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh menteri besar Selangor itu. Bagaimanapun, penggantungan keahlian Manickavasagam kemudiannya dibatalkan untuk membolehkan beliau kembali bertanding dan muncul pemenang menentang Khalid yang merupakan penyandang jawatan di cabang tersebut.

Sebenarnya, usaha menyingkirkan Khalid dikatakan dibuat sejak setahun dua ini. Beliau ditempelak kerana kononnya gagal menguruskan wang kerajaan negeri dengan baik. Pencapaian beliau pernah dibandingkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sebelum ini, Khalid pernah berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Khalid juga pernah ditempelak di depan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Tanpa mengambi kira perasaannya, Anwar dikatakan memuji Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.

“Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik, bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh", kata Anwar.

Tindakan Anwar mengkritik prestasi Khalid itu dilihat agak pelik kerana beliau sendiri ialah penasihat ekonomi kerajaan PKR Selangor.

Kelmarin, Khalid menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai MB sekalipun kalah dalam pertandingan timbalan presiden PKR.

Malah, tegas beliau, kekalahan dalam pertandingan tiga penjuru itu tidak relevan dengan jawatannya sekarang, kerana untuk menjadi seorang menteri besar, beliau hanya perlu menjadi Adun Selangor.

“Bagaimana jika kalah sebagai ahli Parlimen, jadi tidak boleh menjadi menteri, itu okey. Tetapi jika kamu seorang ahli Parlimen, kamu akan kekal sebagai ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sebelum ini Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman dilaporkan memberitahu beberapa pemimpin parti itu kini tidak lagi menyokong Khalid untuk terus menjadi menteri besar.

Jaafar berkata, sikap Khalid yang sering membuat keputusan bersendirian serta membelakangkan sekutu pakatan pembangkang membuatkan mereka menolak kepimpinannya kali ini.

Malah, Jaafar berkata, gaya urus tadbir Khalid yang masuk penggal kedua di negeri itu tidak berubah biarpun ditegur beberapa kali oleh pimpinan akar umbi PKR.

PKR dan DAP Selangor sering mengkritik Khalid kerana dilihat tidak serius mengendalikan isu hangat di Selangor. Antaranya, masalah bekalan air, serta yang terbaharu, isu rampasan kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Namun sehingga petang semalam, Khalid tetap tidak berganjak dan muktamad dengan pendiriannya mahu mengekalkan kedudukan menteri besar. Pastinya Anwar sendiri pening kepala, sekali gus mungkin sedang memikirkan ‘strategi terbaharu’. – utusan.com.my

ABIM Tegur Keceluparan Zahid Hamidi

KELAB GREENBOC


Insiden kepala lembu, ABIM kesal kenyataan Zahid


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respons yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang.

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, perbuatan meletakkan kepala lembu di pintu pagar ADUN Seri Delima, RSN Rayer "jelas adalah satu penghinaan terhadap penganut agama Hindu".

Oleh itu, katanya, respons yang diberikan oleh Zahid terhadap insiden itu "tidak mencerminkan ajaran Islam".

"Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan.

"Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam.

"Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin 'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran," tambanya.

Sepatutnya, tegas Amid lagi, kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima itu sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'. ~mk


LIHAT VIDEO DI SINI

Aktivis anti-Kidex: S'gor dedah maklumat terpilih

MALAYSIAKINI


 


Aktivis yang menentang pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) tidak yakin dengan ketelusan kerajaan negeri Selangor dalam pendedahan dokumen projek tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan penduduk Katakan Tidak Pada Kidex (SNTK) mendakwa kerajaan negeri bersikap memilih dalam mengeluarkan maklumat selepas seorang penduduk memohon dokumen kelulusan itu menerusi Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) pada 4 Jun lalu.

"Kami bimbang bahawa kebebasan maklumat yang sempit dan selektif mengenai Kidex seolah-olah dibentuk untuk menjamin agenda menteri besar Selangor dalam mempromosikan projek Kidex dalam media dan bukannya menyediakan ketelusan tulen yang diperlukan untuk mencapai matlamat perundangan enakmen tersebut," kata setiausaha SNTK David Yoong.

Beliau mendakwa kerajaan negeri hanya menunjukkan sebahagian dari satu set minit mesyuarat yang menyatakan projek Kidex dibincangkan, tetapi tidak menyebut individu yang hadir dan peranan yang dipegang ahli mesyuarat itu.

"Juga tiada maklumat mengenai dokumentasi di masa keputusan dibuat.

"Kami turut difahamkan Kidex dibincangkan beberapa kali dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan minit itu perlu didedahkan untuk menuruti permintaan (FOI) itu.

Yong menambah kerajaan negeri juga tidak mendedahkah satu surat bertarikh 23 Februari lalu oleh MTES yang menyatakan persetujuan ke atas projek itu.

Menurut surat tersebut, persetujuan itu perlu dibuat sebelum 4 Julai bagi memenuhi syarat FOI, yang menetapkan kerajaan negeri memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari sebelum permohonan pertama.

Rabu lalu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco negeri mendedahkan laporan minit mesyuarat mereka pada Februari 2012 yang meluluskan pelaksanaan projek lebuh raya itu.

Ia susulan permintaan seorang penduduk Petaling Jaya, Chia Gek Suan yang memohon dokumen kelulusan itu menerusi Enakmen Kebebasan Maklumat pada 4 Jun lalu.

Tujuh kawasan masih alami gangguan bekalan air

MALAYSIAKINI


Hanya tujuh daripada 54 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dilaporkan masih mengalami gangguan bekalan air sehingga semalam.
  
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata kawasan terbabit ialah Kampung Bukit Lanchong, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Seksyen 35, Jalan Kebun Nenas dan UEP/USJ Subang.
  
"Bagi Wilayah Kuala Lumpur, daripada sejumlah 32 kawasan yang terjejas, kini hanya kawasan Taman Shamelin Perkasa yang masih mengalami terputus bekalan dan tekanan air rendah," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Beliau berkata pada masa sama, sebahagian kawasan di Wilayah Hulu Langat masih terputus bekalan dan mengalami tekanan air rendah.
  
"Gangguan ini tidak dapat dielakkan kerana bekalan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan air di kawasan tersebut.
  
"Kedua-dua loji ini tidak lagi dapat menambah pengeluaran air terawat kerana masing-masing sudah beroperasi di tahap maksimum," katanya.
  
Dalam perkembangan lain yang membabitkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Pulau Ketam dan Sungai Lima, Priscilla berkata kerja-kerja menaikkan paip dari dasar laut yang dalam dan berlumpur masih diteruskan.

Beliau berkata ia dilakukan dengan bantuan kontraktor yang dilantik dan kerja-kerja pembaikan hanya akan dijalankan selepas kerja menaikkan paip itu selesai.- Bernama

'Pelantikan MCA, Gerakan tak bebankan k'jaan'

MALAYSIAKINI


 


Pelantikan lima pemimpin MCA dan seorang daripada parti Gerakan ke dalam kabinet tidak membebankan kewangan kerajaan kerana belanjawan sudah diatur dengan baik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
  
Beliau berkata dalam tempoh singkat, atau kurang enam tahun sahaja lagi untuk Malaysia berstatus negara maju, pelantikan mereka sebenarnya amat perlu.
  
"Jangan kita bandingkan negara kita dengan negara lain sebab negara lain keperluannya berbeza.
  
" ...Jadi, dalam tempoh lima atau enam tahun ini ialah tempoh yang cukup penting untuk kita meneruskan usaha bagi melonjakkan pertumbuhan dan pengagihan ekonomi yang stabil dan saksama kepada semua," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa anjuran pemilik butik Bianco Mimosa Datuk Ida Suraya Mustapha di ibunegara malam tadi.
  
Beberapa pihak sebelum ini mempersoal tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu melantik pemimpin berkenaan ke dalam kabinet yang didakwa membebankan kewangan kerajaan.
  
Najib mengumumkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik menteri pengangkutan dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong serta Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  
Turut dinamakan ialah tiga naib presiden MCA iaitu Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan serta Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  
Mengulas pelantikan Chua, Ahmad berkata ia adalah tambahan yang baik memandangkan pengalaman pemimpin itu sebelum ini yang menyandang jawatan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.
  
Dalam perkembangan lain, beliau menyeru syarikat kecil dan besar di seluruh negara mengikut jejak langkah Ida Suraya, menyumbang sebahagian keuntungan syarikat kepada kebajikan ibu tunggal, anak yatim serta fakir.
  
Terdahulu, Ahmad menyerahkan sumbangan Ida Suraya kepada 150 penghuni Rumah Anak Yatim Ar-Rahmaniah, Rawang.- Bernama

NGO Islam khuatir polemik berpanjangan status M'sia

MALAYSIAKINI


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) khuatir polemik yang berpanjangan mengenai status Malaysia sama ada negara sekular atau negara Islam, akan semakin memarakkan api permusuhan atara agama.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, polemik tersebut perlu dihentikan segera jika bertujuan untuk menimbulkan ketegangan hubungan antara agama.

Beliau berkata, kenyataannya itu merujuk kepada pendirian yang dikeluarkan oleh beberapa pertubuhan agama bukan Islam baru-baru ini.

"Polemik sebegini yang dilakukan di media terbuka tidak akan membawa sebarang penyelesaian malah menambahkan kekusutan.

"Perbahasan secara akademik juga telah berlangsung tanpa kesimpulan yang mutlak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amidi berkata, warganegara yang matang dan bertanggungjawab, menerima dan menghormati situasi sebegini iaitu wujud lebih daripada satu pandangan berkaitan status negara ini.

"ABIM khuatir jika perkara ini diperpanjangkan dalam keadaan yang terbuka tanpa objektif yang tulus api permusuhan akan semakin marak.

"Perkelahian dan pertembungan secara fizikal akan berlaku bila-bila masa umpama retak menanti belah," tambahnya.

ABIM, tambahnya, memandang serius perkembangan hubungan antara agama di Malaysia yang menurutnya semakin buruk sejak akhir-akhir ini.

"Dan ia semakin malang jika ia didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh.

"Pertikaian tanpa sebab yang jelas sebegini akan mengakibatkan pupusnya semangat patriotisme dan mungkin akan berakhir dengan pengkhianatan terhadap negara," tambahnya.

Bapa mangsa cubaan culik kesal


Man (kiri) dan anaknya, Siti menunjukkan tempat van tersebut diletakkan kepada wartawan Sinar Harian. Man (kiri) dan anaknya, Siti menunjukkan tempat van tersebut diletakkan kepada wartawan Sinar Harian.


SAYA tidak mahu kejadian yang menimpa anak perempuan saya berulang kepada kanak-kanak yang lain dan mahu ibu bapa supaya berjaga-jaga dengan kes culik tersebut," demikian luahan bapa kepada mangsa kes cubaan culik di Bestari Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 36.

Man yang kecewa apabila tindakannya menyebarkan maklumat mengenai kes cubaan culik anaknya dalam laman sosial Facebook didakwa mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Menurutnya, tindakannya itu hanya bertujuan memberi peringatan kepada ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak supaya tidak menjadi mangsa kepada penculik sama yang tidak berhati perut.

“Selepas saya memuat naik status tersebut, saya dapat panggilan memberitahu status itu telah menjadi ‘viral’. Status itu juga dikatakan mengganggu siasatan polis.

“Menurut polis, kemungkinan untuk buat tangkapan dah berkurang kerana apabila penjenayah dah tahu yang kita ambil langkah berjaga-jaga, mereka akan melarikan diri. Kita buat perkara tersebut (sebar status) untuk elak anak-anak orang lain jadi mangsa dan umpan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mendengar kata-kata ingatan itu, Man tidak berasa hairan jika kes culik sebegini dipandang sepi sehingga penculik berani mengulangi perbuatan itu tanpa rasa takut.

Man dan keluarga yang tinggal di Kampung Bukit Tagar, 40 kilometer dari kawasan kejadian terpaksa menghantar anaknya ke sekolah di Bestari Jaya kerana tempat tinggalnya hanya mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Dalam masa sama, Man turut membawa wartawan Sinar Harian ke lokasi kejadian yang hanya 300 meter dari rumah nenek saudaranya, tempat anaknya tinggal seketika sebelum pulang ke rumah di Bukit Tagar pada sebelah malam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tersebut hanya dikelilingi pokok-pokok besar selain keadaannya yang sunyi, dan jika ada perkara-perkara seperti merompak atau culik, ia sukar disedari penduduk sekitar.

Kawasan tersebut merupakan laluan harian anaknya untuk ke sekolah. Anaknya terpaksa berjalan sejauh 200 meter untuk ke tempat menunggu van.

Terdapat juga sebuah taman permainan dan balai raya di kiri jalan tersebut yang dilihat terbiar.

Menurut Man, keadaan tersebut agak sunyi dan lengang daripada kenderaan mahupun laluan orang. Kawasan itu hanya sibuk pada waktu petang apabila beberapa anak muda beriadah di gelanggang berhampiran balai raya.

Mengimbas kembali hari kejadian, Man tidak menyangka kejadian tersebut menimpa anaknya.

"Saya sedang bekerja pada waktu itu mendapat panggilan daripada anak saya memberitahu hal berkenaan.

"Katanya, dia hampir diculik empat lelaki yang menaiki sebuah van. Mujur ada yang menyelamatkan anak saya, selepas gagal, empat lelaki tersebut bertindak melarikan diri menggunakan van yang di letakkan berhampiran kawasan tersebut,” katanya.

Terkejut dengan perkara itu, Man bergegas ke Balai Polis Bestari Jaya untuk membuat laporan.

Pihak sekolah tersebut turut mengeluarkan surat kepada semua ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan kejadian sama berulang selain pihak polis yang turut melakukan rondaan secara kerap di kawasan kejadian.
 
Leher diacu pisau potong sayur

TIADA siapa mahu kejadian seumpama ini berlaku pada diri atau ahli keluarga. Namun bagi kanak-kanak ini, kejadian hampir diculik merupakan pengalaman ngeri untuknya.

Sedia berkongsi cerita, Siti (bukan nama sebenar), 10, berharap di sebalik kisah pahit ini akan ada satu kekuatan untuknya menempuh kehidupan mendatang.

Siti sudah biasa pulang dari sekolah pada jam 1.50 petang setiap hari. Dia akan berjalan kaki melalui ‘jalan pintas’ menuju ke rumah nenek saudaranya.

Bagi Siti, sejak dahulu, rumah nenek saudaranya adalah tempat singgah untuknya bersiap untuk ke sekolah agama pula pada waktu petang. Siti dan abangnya hanya akan dijemput bapa mereka pada waktu malam.

Rutin harian Siti tidak pernah berubah. Berjalan kaki sejauh 200 meter bersama abangnya berusia 12 tahun menyusur jalan sunyi sudah dianggap biasa baginya.

Namun, siapa sangka pada hari kejadian, Siti yang seorang diri selepas abangnya tidak sihat, nyaris diculik dan apa yang lebih menyedihkan, penculik sanggup meletakkan pisau di leher seorang budak perempuan yang sememangnya tidak terdaya untuk melawan.

“Semasa saya berjalan pulang, ada empat orang lelaki jalan senyap-senyap belakang saya dan cuba menghampiri saya.

“Kemudian salah seorang tutup mulut saya, seorang lagi letak pisau kat leher saya dan cuba mengheret saya masuk ke dalam van putih. Saya nak jerit dan nak lepaskan diri tapi tidak boleh, mereka kuat sangat,” katanya.

Katanya, walaupun tahu tidak mampu, dia tetap melawan dan cuba melepaskan diri.

"Nasib saya baik, sebab ada dua abang sekolah menengah (pelajar tingkatan empat) lalu jalan itu dan menyergah lelaki tersebut.

"Lepas kena sergah, mereka lepaskan saya dan terus naik van putih  yang diletakkan hujung jalan," katanya.

Man berkata, anaknya terpaksa berjalan seorang diri pulang ke rumah kerana abangnya yang berusia 12 tahun kurang sihat dan tidak dapat menemaninya ke sekolah.

“Pada kebiasaannya, dia akan ditemani abangnya pergi dan balik dari sekolah kerana abangnya turut bersekolah di sekolah yang sama. Tetapi pada hari kejadian, abangnya tidak sihat.

"Ketika kejadian, anak saya baru sahaja selesai sekolah pada sesi pagi dan dalam perjalanan pulang ke rumah nenek saudaranya untuk bersiap sebelum hadir ke kelas agama petang,” katanya.

Katanya lagi, selepas kejadian tersebut, anaknya mengalami trauma yang agak teruk dan dia terpaksa menghantar dan menemaninya ketika pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.

"Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya tidak pasti nasib anak saya jika diculik kumpulan penjenayah tersebut," katanya.

Fahami konsep jihad sebenar

Mohamad Shukri Mohamad Mohamad Shukri Mohamad

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu memahami konsep jihad supaya tidak mudah terpengaruh dan ditipu dalam keterujaan mereka mahu berjuang untuk mendapatkan pahala.
  
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ramai memahami jihad dari pandangan orientalis yang mengaitkannya sebagai 'The Holy War', bermaksud menentang musuh bukan beragama Islam.
  
"Sebab itu jihad tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks isu di Syria kerana melibatkan sesama Islam, dan adalah tidak adil untuk kita mengisytiharkan pihak yang ditentang sebagai bukan Islam," katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.
  
Beliau menambah perkara itu juga selari dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud 'apabila dua pihak Muslim bertemu (saling berbunuhan) dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh masuk neraka', memandangkan yang dibunuh turut berniat untuk membunuh, cuma tidak berpeluang terlebih dahulu.
  
Bagi mereka yang berpegang kepada alasan mahu menentang pemerintah yang zalim untuk berjihad di Syria, Mohamad Shukri berkata perkara itu perlu dilihat dari konteks lebih mendalam pelaksanaannya.

"Jika perbalahan ini berlaku lebih lama, ia akan membawa kemudaratan lebih besar kepada penduduk di sana, khususnya kepada golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua.
  
"Mengambil kira hal ini, kita boleh merujuk kepada pandangan bahawa apabila jika berlaku dua kemudaratan, maka kita perlu pilih yang mana lebih kecil kesannya, apatah lagi jika ulama di Syria sendiri telah meminta orang ramai untuk bersabar," kata Mohamad Shukri.
  
Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berpendapat kekeliruan konsep jihad boleh mempengaruhi individu untuk terjerumus dalam kegiatan ekstremis.
  
"Umat Islam di negara ini perlu meningkatkan lagi kefahaman mengenai erti jihad untuk mengelakkan keliru sehingga menyebabkan mereka mengaplikasi konsep jihad pada landasan tidak tepat," katanya.
  
Menyentuh pembabitan beberapa individu Malaysia di Syria, Mahmood Zuhdi yang juga Pengerusi Majlis Dekan-Dekan Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berpendapat terdapat cara lain untuk umat Islam di negara ini berjihad.
 
Mahmood Zuhdi berkata, ini kerana erti jihad adalah sangat meluas dan merangkumi pelbagai aspek termasuk pemikiran, tenaga, harta dan pendidikan.
  
"Di Malaysia juga boleh berjihad, walaupun caranya berbeza daripada pemahaman orang mengenai jihad di Syria. Sebagai contoh, umat Islam di sini boleh berjihad ekonomi kerana ekonomi kita masih lemah.
  
"Jihad untuk memupuk penyatuan antara ummah juga harus diberi tumpuan dan boleh dilakukan memandangkan perpaduan ummah di negara ini masih ada ruang untuk diperbaiki bagi melahirkan umat Islam yang mantap dan bersatu padu," katanya.
  
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin secara peribadi juga berpendapat umat Islam tidak seharusnya berjihad hingga ke Syria jika tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai situasi di sana.
  
"Mereka mungkin mengalami masalah seperti kekangan bahasa menyebabkan terpaksa bergantung kepada perantara dan jika individu itu berbohong untuk menarik simpati, maka kita sudah terpedaya," katanya.

Asri juga mengingatkan bahawa ulama di Syria yang menasihatkan umat Islam untuk tidak menyokong kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kerana ia membabitkan peperangan sesama Muslim, yang tidak selari dengan konsep jihad.
  
"Agama kita juga menyatakan bahawa kita boleh mengkritik, membantah atau berbeza pendapat sesama Islam, tetapi tidak boleh berbunuhan sesama sendiri dan terdapat jalan lain untuk menyelesaikan apa jua perbalahan yang ada," katanya.
  
Beliau menambah jika benar umat Islam mahu berjihad, mereka boleh melakukannya dalam isu yang lebih jelas seperti di Palestin, bukan hanya dari sudut tenaga, tetapi juga menghulurkan bantuan kewangan untuk masyarakat Islam di sana. - Bernama

Dr M: Jika Akta Hasutan dimansuhkan...


Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM – Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan akta baru hanya akan menyebabkan perbuatan menghasut boleh dilakukan dengan mudah di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, Akta Harmoni dan Akta Uniti tidak dapat menghalang perbuatan itu daripada berlaku, malah keadaan katanya mungkin menjadi lebih parah apabila pelampau di kalangan rakyat dengan sewenang-wenangnya boleh mengkritik institusi diraja.

Kerajaan ujar Dr Mahathir perlu belajar daripada pengalaman lepas apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkaitannya dimansuhkan baru-baru ini.

“Kita sudah pun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan daripada pemansuhan kedua-dua akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.

“Apabila Akta Hasutan digugurkan maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku,” katanya yang dipetik melalui tulisannya di blog, Chedet, hari ini.

Dr Mahathir turut melahirkan kebimbangan sekiranya perbuatan menghasut sampai ke tahap yang tidak dapat dibendung lagi apabila akta mengenainya dimansuhkan.

“Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan.

“Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada,” katanya.

Tambah beliau, tidak ada undang-undang di negara ini yang boleh menghalang perkara tersebut berlaku setelah ISA dihapuskan dan sekiranya Akta Hasutan turut dimansuhkan.

“Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.

“Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenarkan mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka,” katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan huru-hara berlaku dalam negara kesan daripada sikap liberal yang diagungkan di negara ini.

Ahad, 29 Jun 2014

[VIDEO] Dicekup Khalwat Pada Malam Pertama Ramadhan

KELAB GREENBOC

Alor Setar: Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.

Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.

Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari. -astroawani

LIHAT VIDEO DI SINI

Isu air berulang: Harap rakyat Selangor ‘buka mata’

 
Gangguan air ini telah menyebabkan seluruh rakyat negeri Selangor, tanpa mengira pandangan politik bimbang. 


langat-2PETALING JAYA: Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Shamsuddin Lias berharap, rakyat di negeri Selangor dapat ‘membuka mata’ mereka setelah Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi gagal untuk mengotakan janjinya.

Hal ini berikutan masalah bekalan air terputus, dan tekanan air yang rendah dihadapi di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam dan Hulu Langat.

Menurutnya lagi, tidak mustahil sekiranya masalah gangguan air akan berulang kembali kerana pihak kerajaan negeri hanya mengharapkan air daripada kolam alternatif sahaja.

“Dulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menyatakan hasratnya untuk menjual air sebanyak tiga juta liter sehari kepada Kerajaan negeri Selangor, tetapi Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sombong,” katanya sewaktu dihubungi oleh FMT.

Katanya, sekiranya Menteri Besar setuju dari dahulu lagi, pastinya kolam takungan air di Selangor akan sentiasa penuh.

“Saya memang cukup sensitif apabila masalah air ini berulang kembali,” kata ADUN Sungai Burong itu.

Ujarnya lagi, masalah gangguan air ini telah menyebabkan seluruh rakyat negeri Selangor, tanpa mengira pandangan politik bimbang memandangkan sehari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.

“Sebelum ini, Kerajaan negeri Selangor berjanji nak bagi air percuma, tetapi macam mana nak bagi kalau air pun tidak ada.

“Saya memang tidak berpuas hati dengan cara pihak Kerajaan negeri Selangor uruskan masalah air,” tegasnya.

Semalam Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred menjelaskan lima wilayah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat terputus bekalan air dan tekanan rendah berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Gangguan bekalan air ini tidak dapat dielakkan disebabkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif yang disalurkan ke kawasan terjejas.

Weng San: ‘Jawab persoalan dahulu sebelum bina lebuhraya’

 
Pembinaan lebuhraya yang lebih banyak secara tidak langsung akan mendorong orang ramai untuk terus bergantung kepada kenderaan peribadi dalam kehidupan harian mereka
Lau Weng San

PETALING JAYA: ADUN
Kampung Tunku, Lau Weng San mempersoalkan tindakan pihak Kerajaan Persekutuan yang bercadang untuk membina sekurang-kurangnya sepuluh buah projek yang melibatkan pengangkutan dalam masa lima tahun yang akan datang.

Menurutnya beberapa persoalan yang timbul seperti, adakah pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah atau akan menjalankan kajian yang lebih menyeluruh sebelum membuat pernyataan bahawa adanya keperluan membina lebih banyak lebuhraya di Lembah Klang.

“Jika benar, bagaimanakah kajian ini telah atau akan dilaksanakan serta bagaimanakah Kerajaan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor boleh berpartisipasi dalam kajian ini?” soalnya.

Selain tu, Weng San ingin mengetahui adakah kajian yang sama ini melibatkan Jabatan Kerja Raya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB).
“Ini adalah supaya jabatan-jabatan ini boleh memberi input dalam aspek pengangkutan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya lagi, memandangkan cadangan pembinaan lebuhraya-lebuhraya ini telahpun mengambil kira aspek pengangkutan awam, bolehlah laporan-laporan berkenaan dibentangkan kepada orang ramai.

“Siapakah juru perunding trafik yang membantu LLM menyediakan laporan-laporan ini dan bagaimanakah juru perunding trafik ini dilantik serta apakah ‘jadual waktu’ LLM dalam membina kesemua lebuhraya yang dicadangkan?,” soalnya

Tegasnya, rakyat negeri Selangor khususnya rakyat Petaling Jaya perlu diyakinkan bahawa kesemua maklumat sudah lengkap sebelum mereka mengubah pendirian mereka.

Tambah Weng San, biarpun lebuhraya-lebuhraya baru perlu dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang, elemen pengangkutan awam seperti MRT, LRT, BRT dan lain-lain juga perlu dipertimbangkan.

“Pembinaan lebuhraya yang lebih banyak secara tidak langsung akan mendorong orang ramai untuk terus bergantung kepada kenderaan peribadi dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

Sebelum ini pihak Kerajaan Persekutuan bercadang untuk membina sekurang-kurangnya sepuluh buah lagi projek dan sebahagian besar daripada projek ini adalah pembinaan lebuhraya dan selebihnya pembinaan MRT dan LRT di Lembah Klang.

Isu air: MB bidas Syabas, DAP


Laporan Sinar Harian, semalam Laporan Sinar Harian, semalam


BARISAN Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri apabila diminta menghadiri mesyuarat bagi membincangkan status pembangunan dan penyaluran air di seluruh Selangor yang dilaksanakan setiap dua hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam mesyuarat yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Kushrin Munawi itu, hanya dihadiri 50 kakitangan bawahan.

“Bila bermesyuarat kita panggil pegawai tertinggi Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan lain-lain termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, mereka semua datang tetapi dari Syabas lima pegawai eksekutif yang kita jemput tak datang.

“Mereka (Syabas) hantar 50 kakitangan yang purata gaji tak sampai RM150,000 sebulan sedangkan lima mereka itu kumpulan gaji hampir RM3 juta sebulan tidak datang.

"Ini menunjukkan kerajaan negeri masih belum menguasai perkara itu,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Kepada Fakir, Miskin, Anak Yatim dan Masjid, Surau di Pulau Indah, semalam.

Beliau dalam pada itu melahirkan kekesalan terhadap kritikan yang disifatkan tidak membina dilakukan pemimpin DAP berhubung isu air.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa bekerja keras dan memberi komitmen tinggi untuk memastikan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi.

Beliau bagaimanapun akui menghargai keprihatinan pemimpin yang risau kesusahan dialami rakyat.

Namun, beliau  kesal kritikan yang dilakukan pemimpin DAP dan menganggap ia tersasar kerana Kerajaan Selangor masih belum dapat menguasai industri air meskipun secara prinsipnya Syabas bersetuju untuk diambil alih.

Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membidas Kerajaan Selangor supaya tidak memberi alasan isu gangguan bekalan air kerana berjanji ia tidak akan berulang.

Selain itu, Adun Kinrara, Ng Sze Han semalam turut mendakwa menteri besar mungkir janji berhubung tindakan penyelesaian krisis air yang melanda negeri ini.

“Saya khuatir tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan negeri lembap dan gagal akan menjatuhkan semangat pegawai yang terlibat.

“Semasa perbincangan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, beliau turut melahirkan rasa kesal tindakan Syabas yang  gagal memastikan perkhidmatan pengagihan air dilakukan secara lancar.

“Menteri juga memberi jaminan kepada Kerajaan Selangor dan seluruh pengguna air di Lembah Klang untuk memastikan Syabas bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk selesaikan segera kelemahan teknikal agihan air untuk mengelak gangguan air tidak berjadual berulang,” tegasnya.

Katanya, pihak tertentu seharusnya faham kedudukan kerajaan negeri yang tidak mempunyai kuasa meminda pengurusan Syabas bagi menyelesaikan masalah air sebelum pengambilalihan dilakukan.

Dalam pada itu, semua pihak diminta memberi peluang kepada kerajaan negeri sekurang-kurangnya enam bulan selepas pengambilalihan sebelum membuat pertikaian.

“Untuk ini kita telah minta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menyiapkan program pengambilalihan (step in). Katakan bulan Julai kita ambil alih, kena bagi masa enam bulan untuk kita urus. Jika kita ada masalah barulah boleh kata kerajaan negeri tidak cerdik urus air. Kena bagi kita masa kerana dalam perniagaan pun kita diberi masa.

Tanah rizab Melayu - iktibar bumi Palestin

ABDUL MALIK AB RAZAK


PEMILIKAN tanah adalah faktor penting tanda kekuasaan sesuatu bangsa dan kaum ditanah tumpah tanah air mereka. Penjualan tanah kepada warga asing atau bukan bangsa asal akan menatijahkan penghalauan penduduk asal di negara sendiri.

Sejarah Palestin menjadi iktibar umat Islam dengan penguasaan Yahudi di bumi Palestin melalui pemilikan tanah. Mereka sedar bahawa sebelum British keluar dari bumi Palestin dan undang-undang baru digubal, mereka perlu pantas mengambil jalan dengan mewujudkan dana nasional bagi membeli tanah di Palestin dengan nama Jewish National Fund pada tahun 1901.

Yahudi telah membeli hampir 1.5 juta ekar tanah di Palestin antara tahun 1920 hingga 1993 dan penempatan Yahudi meningkat dengan pesat iaitu daripada 55 kawasan pada tahun 1920 kepada 218 pada tahun 1939.

Tuan tanah di Palestin kebanyakannya tinggal di luar Palestin. Dengan tawaran harga tanah yang tinggi oleh Yahudi, mereka rabun mata dalam sedar. Mereka sebenarnya tahu Yahudi datang pasti mempunyai tujuan jahat.

Kesan pembelian tanah ini adalah wujudnya masalah setinggan. Rakyat Palestin mula marah dan memusuhi British kerana membawa masuk orang Yahudi ke bumi Palestin.

Penduduk Arab Palestin bangkit menentang penjajahan British dengan mengadakan mogok dan sabotaj sehingga berlakunya keganasan dan pembunuhan tidak henti pada tahun 1930-an. Namun, kelicikan British dan Yahudi dalam mengatasi masalah pertempuran ini nyata terserlah.

British mengarahkan sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi membuat kajian penyelesaian. Lord William Peel dilantik sebagai ketua suruhanjaya telah mencadangkan bumi Palestin perlu dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu wilayah yang dimiliki oleh Yahudi dan bahagian yang dikuasai oleh penduduk Arab Palestin. Jalan penyelesaian ini menggembirakan Yahudi dan satu musibah buruk kepada penduduk Arab Palestin.

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengarahkan 100,000 tenteranya untuk berundur dari Palestin. Keputusan ini telah direbut oleh Yahudi dengan mengisi kekosongan dibeberapa wilayah yang ditinggalkan oleh British. Tindakan British keluar secara beransur-ansur juga menguntungkan Yahudi untuk mengelakkan penduduk Arab sedar dan merampas wilayah tersebut.

Mandat pentadbiran seterusnya telah dilepaskan ke tangan PBB bagi menyelesaikan konflik perebutan tanah dan ia satu berita gembira kepada Yahudi. Perhimpunan Agung di Geneva pada 29 November 1947 telah meluluskan satu ketetapan yang dikenali sebagai UN Partition Resolution (GA 181) dengan sokongan bersetuju 33 negara, 13 negara tidak bersetuju dan 10 negera berkecuali.

Hasil keputusan ini, Palestin terpecah kepada dua bahagian; satu bahagian seluas 4,700 batu persegi untuk penduduk Arab Palestin yang berjumlah 1.35 juta penduduk dan bahagian kedua seluas 5,300 batu persegi untuk pendatang Yahudi seramai lebih kurang 630,000 orang.

Nasib Tanah Rizab Melayu

Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah-tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman. Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Namun, realiti yang berlaku, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Kerajaan Persekutuan juga perlu dipersoalkan dalam usaha mengawal, menyelia  dan mendesak kerajaan negeri  bagi memastikan berlakunya penggantian tanah.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah mendedahkan 65 kes penggantian Tanah Rizab Melayu di Pahang belum diselesaikan.

Tanah rizab Melayu adalah seluas 3 juta hektar dan pada tahun 1965, sebanyak 1.3 juta hektar Tanah Rizab Melayu sudah hilang dan baki yang tingal sebanyak 1.7 juta hektar dengan penurunan sebanyak 44 peratus.

Satu usaha yang baik diambil oleh kerajaan Kelantan dalam menjaga pemilikan Tanah Rizab Melayu. Kelantan adalah antara negeri Melayu yang paling banyak tanah rizab. Melalui Akta Kanun Tanah Negeri Kelantan, bukan anak kelantan tidak dibenarkan membeli dan memiliki tanah di Kelantan.

Namun di negeri Johor, kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas yang memberi peluang kepada bukan bumiputera dan orang asing seperti Singapura untuk membeli tanah di Johor. Kesannya, rakyat bumiputera Johor tidak mampu untuk bersaing dalam pegangan bebas dengan bukan bumiputera dan orang asing untuk pemilikan tanah. Tambahan pula, Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status tidak diganti semula dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan

Menteri jangka lebih banyak laporan kes OKU terbiar

MALAYSIAKINI


 


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim percaya lebih banyak kes pengabaian kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan di masa hadapan susulan kes Muhammad Firdaus Dullah.

Beliau berkata susulan kejadian menimpa OKU berusia 15 tahun yang dikurung oleh ibunya, akan menggalakkan lebih ramai orang awam tampil melaporkan kejadian seumpama itu berikutan kesedaran yang ditimbulkan kes berkenaan.

"Kita lihat selepas kes Firdaus, kes di Kelantan pula dilaporkan. Saya tahu ada yang tanya kenapa lambat sangat tindakan diambil? Ini kerana tiada pihak yang melaporkannya sebelum ini," katanya.

Rohani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Raya Aidilfitri Fashion Fiesta anjuran Globe by Sarah Hughes di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengenai kes Nasitah Yahya, 44, yang dikurung selama lebih 10 tahun di bawah rumahnya di Tumpat, Kelantan,  Rohani berkata wanita itu kini sedang menjalani pemeriksaan di hospital.

Kes itu juga sedang dirujuk kepada Kementerian Kesihatan memandangkan wanita terbabit dikatakan mengalami masalah mental dan pernah mendapat rawatan di Hospital Permai, Tampoi di Johor Bharu, kata Rohani.

"Daripada laporan yang saya terima makanan, minuman dan pakaian untuk wanita itu disediakan. Masalahnya cuma kes ini kes mental dan dia agak ganas. Buat masa ini pegawai saya sedang mengambil laporan (mengenainya)," katanya.

Mangsa yang berusia 30-an itu dipercayai dikurung adik-beradiknya dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter sejak 10 tahun yang lalu selepas kematian ibu bapa mereka.- Bernama

Polis siasat keluarga kes kurung OKU

MALAYSIAKINI


 


Polis sedang dalam proses mengambil keterangan daripada anggota keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam sebuah bilik kecil di bawah rumah di Tumpat, Jumaat lalu untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata polis semalam mengambil keterangan abang dan kakak kepada Nasitah Yahya, 44.

"Kita akan cari saudara maranya yang lain untuk diambil keterangan. Wanita itu ada tujuh beradik semuanya," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah-Terima Tugas Ketua Polis Kelantan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis
(Perkep) Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata tindakan lanjut termasuk kemungkinan menahan mereka yang terlibat dengan kes wanita OKU itu akan dibuat berdasarkan keterangan dan siasatan.

Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 342 kanun Keseksaan kerana kurungan salah yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis menemui Nasitah dikurung di sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat.

Dia dipercayai berada dalam keadaan demikian sejak 10 tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.

Nasitah kini ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Mazlan, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Kelantan, dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang kini menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah.

Isteri kepada Mazlan, Datin Anizah Musa kini menjadi Pengerusi Perkep Kontinjen Kelantan yang baharu menggantikan Datin Siti Aishah Haron.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya akan meningkatkan  penguatkuasaan membanteras kegiatan jenayah dan penyeludupan melalui Ops Cantas Khas sepanjang Ramadan di semua daerah.

"Selain itu, wawasan saya adalah untuk memberi fokus kepada kes jenayah melibatkan dadah dan penyeludupan di kawasan sempadan sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan pucuk pimpinan," katanya.- Bernama

DAP: Zahid tak layak jadi menteri dalam negeri

MALAYSIAKINI


 


DAP menggesa perdana menteri segera menggugurkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Jemaah Menteri atau menukar portfolio menteri dalam negeri itu, yang dianggap sebagai pemimpin paling tidak sesuai untuk jawatan tersebut.

Naib pengerusi DAP Teresa Kok berkata, Najib tidak menunjukkan sikap yang serius untuk melaksana transformasi kerana tidak menukar portfolio para menteri, termasuk Zahid.

Beliau merujuk kepada tindakan Zahid semalam yang menyalahkan RSN Rayer dalam kejadian kepala lembu yang dicampakkany ke luar rumah ADUN DAP tersebut.

Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini,

"Jelas Zahid tidak tahu apa yang betul atau salah, dan sekali lagi persoalan timbul adakah beliau komited dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, keamanan dan keharmonian dalam negara ini.

"Dalam tempoh setahun lebih Zahid telah membuktikan dirinya adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak sesuai dalam sejarah negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu juga merujuk pada kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Oktober tahun lalu, Malaysiakini melaporkan Zahid memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek kes jenayah ditembak terlebih dahulu sebelum siasatan dijalankan.

Awal tahun ini, Zahid berkata ugutan sebuah NGO yang menawarkan wang untuk menampar Teresa bukan satu jenayah.

Semalam satu portal berita melaporkan, Zahid menasihati Rayer supaya sedar bahawa kenyataan ADUN tersebut – yang menggelar Umno sebagai parti "celaka" – menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.

“Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar,” kata Zahid seperti dipetik dalam laporan portal berita tersebut.

Kenyataan Zahid itu menimbulkan kecaman pelbagai pihak, termasuk dari komponen BN sendiri yang menyifatkan beliau sebagai menteri yang gagal memahami sensitiviti penganut agama Hindu.

Ketua Biro Undang-undang dan hak asasi parti itu, Baljit Singh semalam berkata sebagai menteri dalam negeri, Zahid perlu memupuk keamanan dan keharmonian dan bukannya menggalakkan keganasan

Mataf Bertingkat Dibuka Menjelang Ramadan

Makkah yang dibanjiri jemaah seluruh dunia yang menunaikan ibadah umrah pada Ramadan mendorong pihak berkuasa membuka mataf bertingkat.

MSTAR ONLINE


MAKKAH: Projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram fasa kedua yang hampir siap mendorong pihak berkuasa membenarkan mataf bertingkat dibuka pada Ramadan ini.

Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan mataf atau laluan tawaf bertingkat untuk mengelilingi Kaabah sepanjang bulan mulia ini.

"Pembesaran mataf di aras pertama dan tingkat bawah yang dilengkapi lif serta tangga bergerak telah selesai sepenuhnya manakala aras kedua pula sudah siap 80 peratus," jelasnya.

Projek fasa kedua itu melibatkan pembesaran mataf di kawasan timur Masjidil Haram dari pintu Al-Fatah hingga pintu Umrah.

Difahamkan, projek tersebut akan dihentikan selama empat bulan untuk memberi laluan kepada jemaah umrah dan haji mengerjakan ibadah mereka, dipetik dari laporan  Arab News.

Video Orang Ramai Belasah Peragut Tersebar Di Media Sosial

 
MSTAR ONLINE''
 
 
PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial.

Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita,

"Berapa umur kau? Berapa lama kau dah buat kerja ini (meragut)?," demikian suara-suara yang dapat didengar dalam video itu.

Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.

Lelaki muda itu diheret ke arah seorang wanita yang dikatakan sebagai mangsa, di mana orang ramai terus memukulnya dan kemudian mengikat tangannya di belakang.

"Tengok apa yang telah kau buat," kata salah seorang lelaki, disusuli tendangan di kepala lelaki yang dikatakan sebagai penjenayah itu.

Kesan darah dilihat di kepala dan muka lelaki muda itu yang merayu untuk dihantar ke balai polis.

"Hantar saya ke balai, bang," katanya berulang kali.

Pengguna laman sosial yang melihat video itu tidak bersimpati terhadap lelaki yang melakukan perbuatan seperti itu dan dilaporkan tidak membangkang tindakan kumpulan yang berkenaan.

500 Banduan Dibebaskan Sempena Ramadan



Banduan turut memenuhi masa di penjara dengan bertadarus sepanjang bulan mulia ini.

MSTAR ONLINE


JEDDAH: Penjara di sini membebaskan lebih 500 banduan sebagai pengampunan sempena kehadiran Ramadan.

Pengarah Lembaga Penjara Jeddah, Ahmad Al-Shahrani berkata, syarat pengampunan itu selaras persetujuan Raja Abdullah.

"Pembebasan itu sebagai tanda pengampunan kerajaan, sekali gus memberi mereka peluang untuk beribadah sepanjang bulan ini," katanya.

Selain itu di Riyadh pula, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi tidak teragak-agak mengusir mana-mana ekspatriat yang didapati makan atau minum pada waktu siang di khalayak ramai sepanjang Ramadan.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, ekspatriat bukan beragama Islam pula perlu menghormati sensitiviti umat Islam sepanjang bulan ini.

“Majikan perlu memaklumkan perkara ini kepada pekerja mereka kerana ia tertakluk dalam syarat kontrak pengambilan pekerja,” katanya yang dipetik Arab News.

Kemelut Kesatuan Akan Cepatkan Kejatuhan MAS - Ong Tee Kiat

MH370
 
MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan syarikat penerbangan itu.

Ong berkata MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.

"Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting. Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini," kata Ong dalam satu temu bual.

Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarkn mogok di pejabat pentadbiran MAS di Subang dekat sini pada Khamis, sehari selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, menuntut peletakan jawatan tiga pengurusan atasan syarikat penerbangan tersebut, menyalahkan mereka atas kerugian sebanyak RM4 juta sehari.

Berdasarkan angka yang dibentangkan pada AGM itu, penganalisis menyuarakan kebimbangan sama ada lembaran imbangan MAS mampu bertahan untuk tempoh setahun lagi akibat kerugian besar itu.

Merujuk gesaan MASEU yang mahukan perubahan dalam pengurusan atasan, Ong berkata: "Semuanya bergantung kepada sama ada model perniagaan anda berfungsi dan bukan kerana kelayakan anda".

Mengenai pilihan yang sedang dipertimbang Khazanah Nasional, pemegang saham majoriti MAS, dalam pelan pemulihan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu, beliau berkata apa jua pelan yang rancang, penyelamatan perlu diketepikan.

"Semata-mata menyelamat tanpa langkah menyeluruh, tegas dan berhemat, akhirnya akan menjadi sia-sia, dan ini mengingatkan saya mengenai bantuan kewangan sebelum ini.

"Memandangkan Khazanah telah membantu MAS menerusi peruntukan wang yang besar sebanyak RM5 bilion, namun syarikat penerbangan itu masih rugi, sudah sampai masanya menilai keberkesanan kos dan masalah sebenar yang berlaku ketika ini seperti kos operasi yang tinggi berbanding syarikat penerbangan lain, dan sama ada MAS meletakkan harga lebih tinggi berbanding pasaran," katanya.

MAS dijangka membentangkan pelan penstrukturan semulanya kepada kerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya menyokong perubahan besar yang melibatkan kajian menyeluruh pesawat, rangkaian, kos, pekerja dan proses kerja.

Penganalisis menyarankan langkah-langkah jangka panjang seperti pengurangan kos dan MAS diswastakan dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja seramai 20,000 orang sebagai satu daripada pilihan utama.

RHB Research berkata selain kos seunit MAS meningkat, ia masih mempunyai perjalanan yang panjang berbanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, dan menambah langkah paling mudah bagi MAS untuk mengurangkan kos ialah mengurangkan bilangan pekerja".

Katanya tenaga kerja MAS seramai 19,577 orang dengan kos RM2.4 bilion bagi tahun kewangan 2013 agak besar berbanding syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan Cathay Pacific Airlines.

Jumlah pendedahan kerajaan kepada MAS berjumlah RM9.6 bilion. Kementerian Kewangan menguasai kepentingan majoriti dalam MAS melalui pelbagai entiti sebagai pemegang saham ekuiti serta pemberi hutang. Beberapa entiti kerajaan lain turut memiliki kepentingan dalam syarikat penerbangan itu dengan Khazanah menguasai 69.4 peratus kepentingan.