MALAYSIAKINI
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) Datuk Johari Abdul
berkata parti itu terbuka untuk menerima bantahan daripada anggotanya
termasuk mengheret mereka di mahkamah berkaitan pemilihan parti itu.
Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran untuk mengemukakan bantahan
kepada Jawatankuasa Rayuan atau Majlis Pimpinan Pusat jika tidak berpuas
hati pada proses pemilihan parti.
"Terbuka
kepada mana-mana ahli, sama ada nak buat laporan kepada ROS ke, buat
laporan polis ke. Tapi ingat, kalau yang mengadu itu ahli, dia terikat
dengan peraturan parti.
"Jika ahli tidak mengemukakan bantah, permasalahan kita disebarkan dalam
media, menyerang kita, dia boleh diambil tindakan,"katanya.
Beliau mengulas berhubung perkembangan terbaru ura-ura anggota PKR
Cabang Ampang berhasrat memfailkan saman ke atas JPP kerana mendakwa
berlakunya penipuan pemilihan di cabang Ampang baru-baru ini.
Berdasarkan maklumat anggota PKR itu dijangka berbuat demikian pada petang ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam, jam 3 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan