HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Jun 2014

Pembaca berita mengeluh, menggeleng kepala jadi viral

ANTARAPOS.COM
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Peminat sukan di negara ini terkejut disajikan dengan gelagat pembaca berita Astro Arena (801), Elia Raini Robert yang mengeluh ketika membaca berita secara 'live', pada Khamis lalu.
 
Elia ketika itu sedang membaca laporan Piala Dunia 2014 tiba-tiba berhenti berbuat demikian sejurus mengeluh dan mengeleng kepalanya.
 
 
Aksinya itu sempat dirakam seorang penonton yang kemudiannya dimuatnaik ke laman internet.
 
Natijahnya aksi Elia itu dikritik banyak pihak dan tidak kurang yang kesal dengan sikap bekas pembaca berita Astro Awani itu.
 
Ujar mereka, Elia sepatutnya lebih peka dan memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan daripada pihaknya atau mungkin kesilapan teknikal.

Tiada ulasan: