HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Jun 2014

Khalid: Buktikan saya terlibat!


Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad meminta individu yang mendakwa dirinya bekerjasama dengan portal pro pembangkang untuk memburukkan imej Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil memberikan bukti.

Katanya, individu berkenaan perlu membuktikan dakwaannya itu secara telus dan tidak bercakap kosong.

“Ini adalah tuduhan tak berasas. Saya mahu mereka yang buat dakwaan ini tampil dan bagi bukti.

“Kalau betul saya berbuat begitu, buatlah aduan dan kemukakan bukti itu pada peringkat tertinggi Pas,” katanya kepada Sinar Harian menjawab dakwaan beliau pemimpin yang didakwa bekerjasama dengan portal untuk memburukkan Abdul Hadi.

Menurutnya, beliau mempunyai hubungan baik dengan semua pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi dan adalah mustahil untuk beliau berbuat demikian.

“Kami dah lama bersama terutamanya dalam mengerakkan parti dan saya baru lepas melawatnya (Abdul Hadi),” katanya sambil menyifatkan individu yang membuat dakwaan itu berniat melaga-lagakan pemimpin golongan ulama dan profesional.

“Pemimpin baru balik dari Mesir tidak tahu sejarah sebab itu pelbagai andaian yang mereka buat. Kami dalam pemimpin pas sebenarnya bersatu meskipun ada pandangan berbeza.

“Percanggahan idea atau pendapat  di kalangan pemimpin itu perkara biasa tetapi bukan untuk menjatuhkan satu sama lain,” katanya.

Pada 23 Jun lalu, pemuda Pas  Selangor mendedahkan terdapat usaha sistematik didalangi beberapa pemimpin parti bekerjasama dengan portal pro pembangkang untuk memburukkan Abdul Hadi.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim dalam kenyataan medianya 21 Jun berkata, beliau tidak hairan portal tersebut meletakkan sasaran terhadap Abdul Hadi sebagai faktor kegagalan pihak tertentu mahu menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tiada ulasan: