KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Belum lagi selesai membongkar isu penswastaan
konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dianugerah kepada kroni
Umno, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini menggenggam maklumat
satu lagi skandal penyelewengan institusi pendidikan.
“Tak
habis lagi saya selidik kronisme di UiTM, hari ini (semalam) saya dapat
lagi satu kertas tebal penyelewengan di institusi Melayu juga. Tak
cukup tangan.
“Saya dah belek-belek dan saya rasa yang baru nak siasat ini pun
adalah skandal juga. Harap Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa
Malaysia), Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan lain-lain sama-sama
banteras isu rasuah macam ini,” kata Rafizi di twitter.
Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan Ahli Parlimen Pasir
Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi
penswastaan UiTM Tapah.
Sebelum itu, beliau juga mendedahkan, konsesi yang diberikan kepada adik bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail
turut mendapat manfaat daripada pemberian konsesi bagi membina UiTM
kampus cawangan Puncak Alam, Selangor.
Manakala dua bekas Adun Umno di Selangor menerima konsesi untuk pembinaan UiTM kampus cawangan Jasin, Melaka.
Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23
tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM
seluruh negara.
Dalam masa sama, UiTM perlu membayar sewa kepada syarikat berkenaan antara RM56 juta sehingga RM69 juta setahun.
Jumlah keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion
iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri
kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan