MALAYSIAKINI
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pimpinan parti agar
berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan
menteri besar Selangor.
Bagaimana pun, kenyataan ringkas dua perenggan Anwar itu tidak pula
menyatakan sama ada beliau melarang mana-mana anggota PKR daripada terus
bercakap mengenai perkara itu.
"Saya rujuk beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan menteri besar Selangor.
"Saya menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu ini," katanya.
Menurutnya lagi, individu yang mengisi jawatan itu ditentukan secara bersama dan bukannya oleh mana-mana individu.
"Kedudukan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi
merupakan keputusan bersama KEADILAN (istilah PKR untuk parti itu) dan
Pakatan Rakyat, dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan," katanya.
Kenyataan Anwar ini dibuat sewaktu Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin
Rabu lepas mendakwa kini wujud kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk
menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Abdul Khalid dalam reaksinya hari ini bagaimana pun berkata beliau tidak
akan melepaskan jawatan menteri besar walaupun kalah dalam pemilihan
parti.
Beliau kalah dalam pemilihan sebagai ketua cabang di cabang PKR Kuala
Selangor dan mengekori rapat Azmin Ali dalam merebut jawatan timbalan
presiden PKR.
Pada masa sama, terdapat beberapa seruan untuk menggantikan Khalid
dibuat atas alasan gaya kepimpinannya yang kurang melibatkan parti
sekutu lain Pakatan Rakyat dalam membuat keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan