MALAYSIAKINI
Sebanyak 23 kawasan di Semenanjung mencatat kualiti udara sederhana
setakat 9 pagi ini, menurut lamanweb Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Antara lokasi dengan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana itu
ialah Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya (masing-masing 79); Bakar Arang
(Sungai Petani), Nilai, Seberang Jaya 2 (Perai), dan Banting
(masing-masing 75); Shah Alam (74); Batu Muda (Kuala Lumpur)(73); dan
Kuala Selangor (70).
Turut mencatat IPU sederhana ialah Perai (67); Cheras (64); Seremban,
Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang), Bukit Rambai (Melaka) dan
Putrajaya (masing-masing 63), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh (Ipoh)
(62); dan Alor Setar (61).
Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10
(sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak
sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing. Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan