HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Jun 2014

Awas! Felda tidak pernah lantik agensi edar borang rumah

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Felda tidak pernah melantik mana-mana agensi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mewakilinya dalam sebarang permohonan perumahan bagi generasi baharu Felda.

Felda dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pengedaran borang permohonan perumahan palsu tersebar kerana badan itu baru sahaja melancarkan projek Sentuhan Kasih di Tenggaroh 3, Johor Baharu.
  
"Tidak dinafikan bahawa Felda sedang melaksanakan beberapa projek perumahan seperti Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) dan Sentuhan Kasih Felda.
  
"Borang perumahan kedua-dua projek ini hanya boleh didapati di rancangan tersebut dan akan dikeluarkan sesudah projek tersebut siap," menurutnya.
  
Menurut Felda, sebarang pertanyaan berkaitan PGBF dan Sentuhan Kasih perlu diajukan kepadanya dan bukan mana-mana pihak mahupun NGO yang tidak dilantik oleh badan itu.
  
Ini adalah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, menurutnya.

Tiada ulasan: