VIDEO | 0:34 sec
Gerakan membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana gagal memahami sensitiviti penganut agama Hindu dengan mengatakan bahawa perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima pagi ini sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'.
Beliau mengingatkan Zahid (kiri) bahawa mangsa, RSN Rayer adalah penganut Hindu seperti dirinya (Baljit) dan perbuatan seumpama itu bukan sahaja tidak sensitif tetapi juga nakal, terutamanya apabila ia dilakukan sehari sebelum bulan puasa.
"Insiden itu menyentuh sensitiviti agama Hindu. Menteri dalam negeri perlu lebih bertanggungjawab," kata Baljit kepada Malaysiakini.
Baljit (kanan) merujuk kepada komen Zahid bahawa insiden di
rumah Rayer itu sebagai "harga" yang perlu dibayar wakil rakyat DAP itu kerana mengucapkan "Umno celaka" di sidang Dewan Undangan Pulau Pinang bulan lalu.
Rakyat Post memetik Zahid sebagai berkata bahawa Rayer perlu sedar bahawa kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.
Baljit menggesa ketua polis supaya bertindak terhadap pelakunya kerana ada bukti rakaman video insiden yang berlaku pada jam 5.58 pagi di luar rumah Rayer di Island Park.
[VIDEO | 0:34sec]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan