HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Jun 2014

758,976 rumah alami gangguan bekalan air

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ingin memaklumkan bahawa beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Menurut Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred, beberapa kawasan di sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur telah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sg Langat tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, katanya beberapa kawasan di sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) yang diurus oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Ini, katanya berikutan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air tersebut yang sekali gus menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu.

Dalam kenyataan melalui laman Sybas, beliau berkata walaupun LRA SSP1 telah beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya.

Sementara itu, jelasnya beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) telah dikurangkan oleh SPLASH, berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.

Katanya, pengurangan pengeluaran air terawat dari LRA SSP1 dan LRA SSP3 mengakibatkan penurunan paras kolam-kolam utama yang menerima bekalan air dari kedua-dua loji rawatan air tersebut dan mengakibatkan gangguan bekalan air serta tekanan rendah.

Beliau berkata, berikutan bekalan air terawat yang diterima oleh Syabas tidak dapat menampung permintaan, sebahagian daripada kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah, terutama mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan.

Antara kawasan yang telibat adalah seperti berikut:-

WILAYAH GOMBAK

    Air panas
    Aman Siara
    Ampang Jaya
    Ampang Water Front
    Andaman Ukay
    Astana Gemilang
    AU1 – AU5
    Balai Polis Gombak
    Bandar Baru Ampang
    Bandar Baru Selayang
    Bandar Baru Wangsa Maju
    Beverly Height
    Bukit Antarabangsa
    Bukit Idaman/Idaman Hills
    Bukit Indah
    Bukit Lela
    Bukit Setiawangsa
    Bukit Wangsa Mas
    Dagang Jaya/ Halaman Indah
    Dataran Ukay
    Desa bakti
    Desa Hussein Onn
    Desa Lembah Pantai
    Desa Melawati
    Desa Minang
    Gombak Setia
    Harmonis
    Industri Bolton
    Intan Baiduri
    Jalan Ampang
    Jalan Chung Hwa Gombak
    Jalan Genting Kelang
    Jalan Hulu Kelang
    Jalan Kepong
    Jinjang Baru
    Jinjang Selatan
    Kampung Ampang Campuran
    Kampung Ampang Indah
    Kampung Baru Ampang
    Kampung Cangkat
    Kampung Dato Mufti
    Kampung Datuk Keramat
    Kampung Kemensah
    Kampung Kerdas
    Kampung Klang Gates
    Kampung Kok Doh
    Kampung Lee Kong Chian
    Kampung Melayu Ampang
    Kampung Melayu FRIM
    Kampung Padang Balang
    Kampung Pasir Hulu Kelang
    Kampung Puah
    Kampung Setia Jaya
    Kampung SPG 3 Gombak
    Kampung Sri Gombak Indah
    Kampung Sungai Mulia
    Kampung Sungai Sering
    Kampung Tasek Permai
    Kawasan Perindustrian Bebas Hulu Kelang
    Kemensah Heights
    Kepong Baru
    Kepong Interprenuer
    Keramat Hujung
    Kuala Ampang
    Magna Villa
    Megan Setapak
    Metro Prima
    One Selayang
    Pesona Villa
    Pinggiran Batu Caves
    Platinum Victory
    Prima Melawati
    Prima Selayang
    Puncak Setiawangsa
    Pusat Kepong
    Rampai Niaga Business Park
    Residen Sri Utara
    Rimbunan Melati
    Selayang Baru
    Selayang Height
    Selayang Jaya
    Selayang Pandang
    Selayang Permai
    Selayang Segar
    Selayang Sejati 
    Selayang Utama
    Sering Ukay
    Setapak Jaya
    Sri Edaran Kepong
    Sri Gombak
    Sri Melati
    Sri Murni
    Taman Ampang Indah
    Taman Ampang Mewah
    Taman Ampang Prima
    Taman Ampang Utama
    Taman Andaman Wangsa Maju
    Taman Beringin Jinjang
    Taman Bidara
    Taman Bukit Ampang
    Taman Bukit Ampang Permai
    Taman Bukit Jaya
    Taman Bukit Jubina
    Taman Bukit Kemensah
    Taman Bukit Mas Melawati
    Taman Bukit Mewah
    Taman Bukit Mulia
    Taman Bukit Utama
    Taman Bunga raya
    Taman Cahaya Indah
    Taman Cemerlang
    Taman Danau kota
    Taman DAR
    Taman Desa Setapak
    Taman Fadason
    Taman Faizura Ampang
    Taman Gombak Jaya
    Taman Grandview Ampang Jaya
    Taman Halaman/ KESUMA
    Taman Harmonis
    Taman Hijau
    Taman Hillview
    Taman Ibukota
    Taman Kamariah
    Taman Kelab Ukay
    Taman Kemensah Indah
    Taman Kepong
    Taman KOSAS
    Taman Melati
    Taman P.Ramlee
    Taman Pandan Ria Ampang
    Taman Permai Jaya Ampang
    Taman Permai Jaya Ampang
    Taman Permata
    Taman Perwira 2 Ampang Jaya
    Taman Perwira Gombak
    Taman Pinggiran Ukay
    Taman Puncak Utama
    Taman Raintree
    Taman Rasmi Jaya
    Taman Selayang Baru
    Taman Setapak Indah
    Taman Setapak Permai
    Taman Setia Gombak
    Taman Setiawangsa
    Taman Sri Ampang
    Taman Sri Bayu
    Taman Sri Jaya Ampang
    Taman Sri Keramat
    Taman Sri Rampai
    Taman Sri Segambut
    Taman Sri Ukay
    Taman Sri Watan
    Taman Suria Setapak
    Taman TAR
    Taman Uda Jaya
    Taman Usahawan
    Taman Wahyu
    Taman Wangsa Jaya
    Taman Wilayah
    Taman Zooview
    Taman/ Kampung Tasek Tambahan
    Ukay Bistari
    Ukay Height
    Ukay Perdana
    Villa Sri Ukay
    Villa Wangsa Mas
    Wangsa Maju
    Wangsa Melawati
    Wangsa Ukay

Jumlah Pintu Rumah: 218,940    

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM

    Bandar Putera
    Batu 3 Shah Alam
    Batu 8 Bukit Kemuning
    Bukit 5 Jalan Bukit Kemuning
    Bukit Naga
    Bukit Jelutong
    Jalan Harum Estate
    Jalan Hulubalang
    Jalan Kebun
    Jalan Kebun Nenas
    Jalan Sellathevan
    Kampung Baru HICOM
    Kampung Bukit Lanchong
    Kampung Kebun Bunga
    Kampung Lombong
    Kota Kemuning
    Lorong Seri Gambut
    Puncak Perdana
    Putra Height
    Seksyen 1, Shah Alam
    Seksyen 2, Shah Alam
    Seksyen 3, Shah Alam
    Seksyen 7, Shah Alam
    Seksyen 8, Shah Alam
    Seksyen 9, Shah Alam
    Seksyen 11 – 13, Shah Alam
    Seksyen 16, Shah Alam  
    Bukit Rimau
    Jalan Kebun
    Kampung Lombong
    Berjaya Park
    Johan Setia
    Seksyen 22, Shah Alam
    Seksyen 25 (Axis), Shah Alam
    Seksyen 26, Shah Alam
    Seksyen 27, Shah Alam
    Seksyen 28, Shah Alam
    Seksyen 32, Shah Alam
    Seksyen 33, Shah Alam
    Seri Lembayung
    Subang Mas
    Taman Alam Nyata
    Taman Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam
    Taman AMJ
    Taman Cahaya SPK
    Taman D’Kayangan
    Taman Desa Kemuning
    Taman Desa Latania
    Taman Kandis Permai
    Taman Samarinda
    Taman Sentosa
    Taman Sunway Suria
    Taman Subang Impian

Jumlah Pintu Rumah: 390,861

WILAYAH PETALING

    Seluruh USJ Subang

Jumlah Pintu Rumah: 2,300

WILAYAH KUALA LUMPUR


    Flat DBKL Dato Keramat
    Jalan Padang Tembak
    Jalan Semarak
    Jalan Gurney
    Kementah
    Pulapol
    Wisma tanah
    JUPEM
    Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
    FELDA
    Pusat Latihan Telekom
    Jalan U-Thant
    Jalan Ampang Hilir
    Taman Pandan Jaya
    Taman Cempaka
    Taman Bakti
    Taman Nirwana  
    Kampung Pandan Dalam
    Taman Cahaya
    Pandan Cahaya
    Taman Dagang
    Taman Shamelin Perkasa
    MINDEF
    Taman Tenaga
    Taman Miharja
    Taman Kobena
    Desa Pandan
    Flat Sri Melaka
    Jalan Kent 1 hingga 7
    Taman Putra Sulaiman
    Taman Pandan Utama
    Bandar Sri Permaisuri

Jumlah Pintu Rumah: 146,875

Gangguan bekalan air ini tidak dapat dielakkan disebabkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif disalurkan ke kawasan yang terjejas. Ini kerana secara keseluruhan kapasiti bekalan air terawat sedia ada di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mencukupi dengan paras rezab bekalan air berada di sekitar kurang dari 1% atau negatif apabila berlaku permintaan puncak.

Pihak Syabas menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, pihak Syabas terus menggerakkan lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan. Walau bagaimanapun, keupayaan bantuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu untuk menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan yang terlibat. Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri.

Pihak Syabas akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa.

Pada masa sama, pihak Syabas menjangkakan para pengguna juga mungkin menghadapi  kesukaran untuk menghubungi Pusat Panggilan Syabas (PUSPEL) kerana kesesakan talian telefon PUSPEL dan mereka diminta bersabar jika terpaksa  menunggu lebih lama sedikit sebelum panggilan dijawab.

Para pengguna di kawasan yang terjejas atau tidak dengan gangguan bekalan air  diminta agar sentiasa menggunakan air secara berhemah serta mengurangkan penggunaan air secara keseluruhan. Sebarang penjimatan ini boleh membantu mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dengan gangguan berkenaan.

Tiada ulasan: