HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Jun 2014

Bantuan RM500 bantu penoreh, pekebun kecil

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran bantuan RM500 sekali sahaja kepada 43,000 penoreh dan pekebun kecil getah di seluruh negara yang akan diagihkan Ramadan ini.
  
Beliau berkata bantuan itu, yang merupakan saranan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, akan dapat membantu meringankan beban penoreh yang tidak mempunyai kebun getah sendiri dan pekebun kecil yang terkesan akibat harga getah yang rendah pada masa ini.
  
"Bayaran sekali sahaja sebanyak RM500 akan dibuat pada Ramadan ini melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," kata perdana menteri di majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang peringkat kebangsaan di Kampung Parit Haji Ali, Mukim 8 Sri Gading di Batu Pahat semalam.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - Bernama
 

Tiada ulasan: