HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Jun 2014

Kenyataan Rafizi tentang konsesi UiTM mengarut

Sesiapa sahaja boleh diberikan kontrak asalkan dilakukan secara telus. 

ibrahim ali
KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendedahkan dan mempersoalkan kewajaran terhadap proses penganugerahan konsesi UiTM yang dilakukan oleh kerajaan.

Menurutnya, kini perkara itu sudah menjadi persepsi kepada masyarakat bahawa orang Umno tidak boleh menerima sebarang kontrak.

“Sesiapa sahaja boleh diberikan kontrak, asalkan projek tersebut telus dan dilakukan dengan sempurna,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, hari ini.

Ibrahim turut mempersoalkan samada, ada atau tidak ahli Pakatan Rakyat (PR) yang diberikan projek.

“Tidak ada ke orang PAS di Kelantan yang diberikan projek kayu balak, dan tidak ada ke orang PKR yang diberikan projek pasir di Selangor?” soalnya.

Ujar Ibrahim, beliau turut menyatakan bahawa beliau juga tidak menggemari kronisme tetapi kenyataan yang dibuat oleh Rafizi itu adalah satu kenyataan yang mengarut.

“Kenyataan dan pendedahan tersebut adalah tidak perlu sebenarnya,” katanya.

Tiada ulasan: