HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Jun 2014

Sejak bila IGP ambil alih tugas AG?'

MALAYSIAKINI



 
 
 
Peguam M Kulasegaran mempersoalkan sekiranya Datuk Seri Khalid Abu Bakar boleh bertindak melampaui undang-undang, berdasarkan kenyataan terbaru ketua polis negara itu berhubung kes perebutan hak jagaan anak.

Beliau juga melihat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gerun dengan ketua polis negara.

MP Ipoh Barat itu seterusnya menggesa Khalid meletak jawatan sekiranya hati nuraninya menghalang beliau menjalankan tugas.

"Timbul kebimbangan meluas apabila pegawa polis tertinggi dilihat tidak menghormati arahan mahkamah yang terang, jelas dan tidak kabur.

"Jika hati nurani IGP mengganggu beliau, lebih baik beliau meletak jawatan sebelum berlaku huru-hara dan kehilangan keyakinan masyarakat terhadap polis," kenyataan itu dipetik.

Kulasegaran mewakili M Indira Ghandi dalam kes perebutan hak jagaan anak dengan bekas suami, S Pathmanathan yang kini dikenali dengan nama Riduan Abdullah selepas memeluk Islam.

Khalid semalam menyatakan bahawa polis tidak akan menahan Patmanathan dan hanya akan memerhatikannya, walaupun Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014 sudah mengeluarkan perintah untuk berbuat demikian.

Kulsegaran mendakwa, ketua polis itu cuba membuatkan rakyat keliru dengan menimbulkan mengenai Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan berhubung dua sistem mahkamah berbeza.

"IGP tiada hak untuk mempersoalkan perintah mahkamah. Sejak bila IGP mengambil alih tugas peguam negara?," soalnya lagi dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: