HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Jun 2014

Bantuan Anak 1Malaysia (BA1M) : Bonus Anak RM500 Setahun, Pusat Penjagaan Bayi, Perlepasan Cukai Naik?



bantuan anak 1malaysia



Bantuan Anak 1Malaysia : Bonus Anak RM500 Setahun, Pusat Penjagaan Bayi, Perlepasan Cukai :  Nampaknya situasi yang melanda di Singapura yang cukup membimbangkan telah meleret ke negara kita Malaysia apabila tahap kelahiran di Malaysia terus menurun setiap tahun.

Sehinggakan tahap keseriusan kadar kelahiran di Singapura yang semakin menyusut menyebabkan kerajaan Singapura memperuntukkan berbilion dolar bagi mengatasi masalah ini.

Bagi Berita Semasa ia sebenarnya berkait rapat dengan kerancakan pembangunan dan ekonomi tetapi dalam pada masa yang sama aspek sosioekonomi di ketepikan. Lebih tepat lagi, aspek pendidikan, tuntutan pekerjaan, taraf kehidupan yang berkait rapat dengan bebanan kos sara hidup serta kekangan masa yang terhad terutamanya yang tinggal di kawasan bandar di Malaysia di mana Berita Semasa perhatikan antara sebab utama kadar kelahiran di Malaysia semakin menurun.

Bantuan Anak 1Malaysia : Banyak Anak, Banyak Bonus Anak?

Dan sekarang kerajaan Malaysia, dalam usaha untuk meningkatkan kembali memomentum kadar kelahiran di Malaysia dengan cara :
  1. Memberi insentif dan bonus kepada ibubapa yang lahirkan lebih banyak anak
  2. Pemberian insentif dan bonus ini diharapkan dapat mendorong kalangan anda di sini yang sudah berkahwin untuk menambah anak di masa akan datang
Mungkin ini boleh dipanggil dengan BA1M (Bantuan Anak 1 Malaysia). Mungkin?

ba1m


Pastinya Berita Semasa menyokong usaha yang cuba dilakukan oleh Kemnterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hakikatnya, selagi kos sara hidup yang cukup tinggi terutamanya di kawasan bandar tidak berjaya diselesaikan akan menyebabkan akhirnya nanti, ramai akan mula “merancang” keluarga. Berita Semasa yakin ramai di sini hajat dihati sebenarnya memang mahu keluarga yang besar, anak yang ramai. Tetapi memandangkan kos sara hidup yang tinggi buatkan ramai yang mula merancang keluarga…

Bukanlah berkira, tetapi hakikatnya untuk anda 2 orang sahaja perlu sediakan sekurangnya-kurangnya minima RM1,000 untuk bayar pengasuh, pampers, susu dan lain-lain lagi. Ini contoh sahaja. Anda ada contoh yang lain berdasarkan perbelanjaan anda sendiri setiap bulan?

Bantuan Anak 1Malaysia (BA1M) : Cadangan Berita Semasa?

Untuk permulaan Berita Semasa cadangankan pukul rata pemberian kepada mana-mana ibu bapa yang lahirkan anak 3 dan seterusnya diberikan :
  • bonus anak sejumlah RM500 setahun diagihkan dan diharapkan (untuk anak yang ke-3 dan seterusnya)
  • kerajaan menyediakan banyak lagi pusat penjagaan bayi dengan caj yang minimal memandangkan banyak pusat taska yang mengambil kesempatan menaikkan caj sesuka hati dek kerana pusat penjagaan bayi yang tidak mencukupi melihatkan desakan ibubapa hari ini yang terpaksa keluar mencari rezeki setiap hari
  • pelepasan cukai untuk anak dinaikkan kepada RM2,500 setiap seorang
  • Selepas ini, mungkin boleh ditambah baik daripada masa ke semasa kelak. Mungkin?
Bagaimana? Anda ada cadangan lain untuk pelaksanaan apa yang bakal dipanggil Bantuan Anak 1Malaysia (BA1M)?

Tiada ulasan: