Namun, pemerhatian yang dilakukan mendapati, susulan kenyataan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengenai isu ini pada 10 Jun dan diikuti arahan Zahid untuk polis memerangi kegiatan tersebut, tiba-tiba semua premis tidak berlesen membekukan kegiatan mereka di seluruh negeri itu. Siapakah ‘Abang Besar’ yang berpengaruh mengadakan kawalan serentak atas semua itu? – HARAKAHDAILY
HALAMAN SANTAI
Isnin, 3 Julai 2017
DAP suburkan ‘lubuk maksiat’ di Pulau Pinang
IZWAN ABDUL HALIM
PERCAMBAHAN premis perjudian dan arak telah
menjadi sebahagian pemandangan utama di Pulau Pinang. Ia berkembang
subur di bawah Kerajaan DAP hingga diumpamakan ‘bagai cendawan selepas
hujan’. Malah, kewujudan premis berkenaan didapati seiring dengan
pembangunan yang semakin rancak di seluruh negeri itu. Judi dan arak jugalah punca pertembungan panas antara PAS dengan DAP
hingga membawa kepada pemecatan wakil PAS, Iszuree Ibrahim selaku Ahli
Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Malah, berentetan hingga mengundang
banyak tindakan angkuh DAP dalam Pakatan Rakyat yang berakhir putusnya
hubungan bersama PAS Walaupun pernah disuarakan PAS bahawa percambahan kegiatan tersebut
berpunca dari tunjang kapitalisme yang menjadi dasar dan pendekatan
pemerintahan DAP, namun ia pantas ditepis Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau sebaliknya membidas PAS supaya belajar memahami mengenai
pentadbiran dan bidang kuasa negeri. Guan Eng juga menyatakan bahawa lesen berkaitan dikeluarkan oleh
Kerajaan Pusat dan hanya polis boleh mengambil tindakan penguatkuasaan.
Beliau seakan cuba melepaskan diri dan membodohkan umum dengan reaksi
seperti itu, sedangkan isu pertambahan tersebut langsung tidak
dinafikannya Guan Eng sebenarnya bukan sahaja dilihat menyembunyikan fakta
mengenai lesen premis yang berada dalam kuasa pihaknya, bahkan jelas
sekali telah berbohong. Beliau seakan membayangkan bahawa isu judi dan
arak di Pulau Pinang bukan disebabkan olehnya. Walhal, pihak beliau
telah menjawab soalan berkaitan pada Sidang Dun Pulau Pinang. Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dun Ketiga Belas yang bersidang
pada 19 Mei 2014, Ahli Exco, Chow Kon Yeow telah menjawab bahawa Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan lesen premis setelah pemohon
mendapat lesen dari Kementerian Kewangan Malah, dalam sidang yang lain, Kon Yeow pernah menjawab soalan bagi
pihak Guan Eng bahawa terdapat 130 kasino siber tidak berlesen yang
dikenalpasti. Turut dinyatakan adalah tindakan terhadap premis Pusat
Hiburan Awam antaranya: i. Mengeluarkan tawaran kompaun dan mengambil tindakan rampasan ii.Mengeluarkan surat amaran kepada pemilik lesen untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT; iii. Membatalkan lesen premis dan lesen hiburan jika pemilik lesen masih gagal mematuhi syarat-syarat pelesenan iv.Menjalankan
operasi bersama PDRM dan agensi-agensi berkaitan sekiranya melibatkan
aktiviti perjudian dan kesalahan di bawah bidangkuasa jabatan berkenaan; v.Menyita premis setelah didapati bersalah oleh Mahkamah. Jelas
menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri melalui PBT mempunyai kuasa atas
premis yang membawa maksud boleh mengadakan sebarang pemberian atau
sekatan lesen, selain tindakan penguatkuasaan bersama pasukan polis.
Malangnya, enakmen yang digubal tidak dijadikan kawalan, sebaliknya
‘kesempatan’. Enakmen berkaitan yang diwartakan telah digunakan untuk membanyakkan
lagi premis judi dan arak serta pusat maksiat berkaitan. Ini tidak
termasuk yang menjalankan aktiviti tanpa lesen yang berselindung
disebalik perniagaan tertentu. Malah, berdasarkan ‘tabiat’ yang boleh
difahami, tempat seperti ini juga menyembunyikan banyak kegiatan haram
lain. Amat dicurigai di tempat-tempat ini bersarangnya pelacuran, dadah,
gangsterisme serta pelbagai jenayah. Malah, Timbalan Perdana Menteri,
Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi turut melontarkan kenyataan yang
mengundang skeptikal bahawa beliau bimbang tauke judi membiayai parti
politik di negeri itu.Parti manakah yang kebarangkalian dilihat hampir
dengan durjana disebut Zahid itu?
Namun, pemerhatian yang dilakukan mendapati, susulan kenyataan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengenai isu ini pada 10 Jun dan diikuti arahan Zahid untuk polis memerangi kegiatan tersebut, tiba-tiba semua premis tidak berlesen membekukan kegiatan mereka di seluruh negeri itu. Siapakah ‘Abang Besar’ yang berpengaruh mengadakan kawalan serentak atas semua itu? – HARAKAHDAILY
Namun, pemerhatian yang dilakukan mendapati, susulan kenyataan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengenai isu ini pada 10 Jun dan diikuti arahan Zahid untuk polis memerangi kegiatan tersebut, tiba-tiba semua premis tidak berlesen membekukan kegiatan mereka di seluruh negeri itu. Siapakah ‘Abang Besar’ yang berpengaruh mengadakan kawalan serentak atas semua itu? – HARAKAHDAILY
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan