HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Julai 2017

RUU Bantuan Guaman (pindaan) dibentang

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 yang antara lain bagi memastikan kanak-kanak mangsa keganasan seksual mendapat khidmat nasihat guaman dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
 
Pindaan terhadap Akta Bantuan Guaman 1971 itu dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
 
Ia antaranya akan mewujudkan khidmat ‘Pendamping Guaman’ di mana mereka boleh memberi khidmat nasihat guaman kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa bagi semua kesalahan seksual yang diperuntukkan di bawah apa jua undang-undang bertulis.
 
Selain itu, seorang pendamping guaman turut dibolehkan mendampingi orang yang dibantu dalam mana-mana prosiding di mahkamah dan bercakap bagi pihak mereka jika perlu.
 
Azalina berkata RUU itu akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.
 
 

Tiada ulasan: