HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Julai 2017

FIC: Pengarah syarikat direman enam hari

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat direman enam hari untuk membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.
 
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman bermula hari ini sehingga 4 Ogos depan.
 
Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
 
Terdahulu, lelaki berumur 57 tahun itu tiba pada kira-kira 10.40 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dengan tangannya digari.
 
Semalam Bernama memetik sumber SPRM bahawa pengarah syarikat itu yang turut merupakan pemilik hotel ditahan SPRM Kuching pada 1.30 tengah hari semalam.
 
Pengarah syarikat itu merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes tersebut.
 
Kedua-dua mereka yang merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel itu ditahan di pejabat SPRM Putrajaya pada 9 pagi selepas memberi keterangan.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini mengarahkan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat pembelian hotel berkenaan, yang disyaki telah dibeli dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.
 
 

Tiada ulasan: