JOHOR BAHRU: Seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat
rasuah pada Selasa lalu dibebaskan, hari ini.
Jurucakap SPRM memberitahu, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan JAS
negeri berusia 40 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak
RM10,000 tanpa deposit.
Permohonan pembebasan pegawai itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Saba’aton Daud, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan