Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, oleh itu rakyat perlu tampil membantu dan menyokong usaha SPRM dalam memerangi kelompok yang mengkhianati amanah, menyeleweng dan menyalah guna kuasa.
"Jika tidak ditangani secara holistik, ancaman rasuah dan salah guna kuasa yang kian menular di semua peringkat masyarakat dikhuatiri bakal memusnahkan apa yang telah dikecapi negara selama ini," katanya dalam kenyataan hari ini sempena Sambutan Hari Pahlawan esok.
Beliau turut meminta seluruh rakyat bersama-sama memikul tanggungjawab dalam mengekalkan keamanan negara dengan mewujudkan persekitaran bebas daripada ancaman rasuah dan salah guna kuasa.
Beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa keamanan yang wujud ketika ini adalah hasil perjuangan dan keberanian para perwira yang sanggup berkorban dan menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.
"Seluruh warga SPRM melahirkan rasa bangga dengan pengorbanan seluruh perajurit, anggota keselamatan dan para pesara yang telah menggadai nyawa demi negara," katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan