SIAPA warga Felda tidak kira generasi pertama atau seterusnya, dia pasti tahu apa kelebihan menjadi anak jati Felda.
Sememangnya kawasan tanah rancangan di seluruh negara kini telah bertukar menjadi bandar yang lengkap dengan segala kemudahan.
Apa yang dilakukan kerajaan di Felda?
Telah berlaku perubahan sosial dan
ekonomi dalam mengubah kehidupan orang kampung yang miskin menjadi
peladang yang setanding kemajuan antarabangsa serta memberi mereka
menikmati kehidupan yang terjamin dan kejayaan generasi baharunya
menerusi pendidikan, malah banyak yang menjadi golongan profesional.
Beruntunglah peneroka-peneroka Felda serta generasinya yang mendapat pelbagai kemudahan dan kesenangan.
Adakah sejak ditubuhkan, kerajaan mengabaikan warga Felda?
Hakikatnya, kerajaan tidak pernah
berhenti atau berganjak daripada mengambil langkah ke hadapan supaya
masyarakat Felda lebih maju dan berjaya.
Tanggal 23 Julai 2017 pasti menjadi tarikh yang membuatkan warga peneroka di seluruh negara tersenyum lebar.
Ini kerana, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak telah mengumumkan enam insentif khas kepada golongan
peneroka Felda di seluruh negara.
Apakah enam insentif berkenaan?
* Insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta
* Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka melibatkan peruntukkan RM519 juta
* Pelupusan sebahagian baki
pinjaman saham Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) melibatkan
lebih 77,000 peneroka dan bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat
RM1,820
* Kelulusan bagi pinjaman
pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih
dari satu unit rumah dalam satu tapak melibatkan 70,000 tapak rumah
peneroka dengan kos keseluruhan RM2.8 bilion.
* Geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.
* Dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula melebihi jangkaan RM40,000.
Pengumuman Najib itu semestinya dapat
melonjakkan kembali keyakinan warga tanah rancangan itu terhadap
komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka secara
berterusan.
Sebelum ini, peneroka berhadapan
beberapa isu dan situasi diburukkan lagi dengan tindakan pembangkang
yang cuba mengambil kesempatan dengan melancarkan gerakan-gerakan untuk
mencemar reputasi Felda.
Jadi, pengumuman Najib itu membuktikan
kerajaan sentiasa menepati janji untuk membela dan menyelesaikan masalah
yang membelenggu warga peneroka.
Pada 2016, semasa sambutan Hari Peneroka
Peringkat Kebangsaan di Maran, Pahang, Najib memberi jaminan tadbir
urus Felda akan ditambah baik supaya warga tanah rancangan itu termasuk
generasi baharu mendapat lebih banyak manfaat menerusi penubuhannya
sejak 61 tahun lalu.
Berikutan itu, makmal pemantapan Felda
diwujudkan bagi membincangkan secara bersungguh-sungguh pelbagai aduan
berkaitan isu warga peneroka sebelum hasil penyelesaian diumumkan.
Namun, masih terdapat pihak yang cuba
menanam kebimbangan dalam diri peneroka meskipun langkah penyelesaian
terhadap isu-isu berbangkit sedang diambil kerajaan.
Isu seperti pembayaran buah kelapa
sawit, penyata hutang tanam semula dan masalah perumahan generasi kedua
dijaja berulang kali bagi mengelirukan peneroka sekali gus menghakis
keyakinan terhadap kerajaan.
Sebenarnya, mudah untuk difahami mengapakah pembangkang bersungguh-sungguh menyerang Felda.
Ini termasuk langkah yang diambil mereka dengan menganjurkan jelajah #FeldaTergadai di seluruh negara.
Apakah tujuannya jelajah #Felda Tergadai diadakan pembangkang?
Semuanya menjurus kepada strategi mereka
untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memandangkan dalam
Felda terdapat 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN.
Jumlah keseluruhan Felda di negara ini ialah sebanyak 321 tanah rancangan.
Oleh sebab itulah pembangkang mahu memastikan sokongan masyarakat Felda terutama generasi keduanya beralih arah kepada mereka.
Pembangkang menyedari sokongan warga Felda mempunyai impak yang besar dalam menentukan keputusan pilihan raya.
Maka tidak hairanlah mengapa pakatan pembangkang amat berminat dan ‘prihatin’ dengan nasib warga peneroka Felda.
Bagi kerajaan pula sentiasa mencari
jalan untuk membela nasib peneroka tanpa mengira musim semata-mata mahu
meningkatkan taraf hidup warga Felda keseluruhannya.
Enam insentif terbaharu yang diumumkan
Perdana Menteri itu dilihat merangkumi segenap sudut untuk menyelesaikan
masalah dibangkitkan.
Ia termasuklah menerusi langkah pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.
Pemberian insentif-insentif berkenaan
menunjukkan betapa bertuahnya menjadi warga peneroka yang bernaung di
bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Apatah lagi Perdana Menteri memberi
perhatian khusus dengan menjadikan agenda Felda sentiasa dekat di hati
beliau. Dalam soal ini, mereka sewajarnya bersyukur dan berterima kasih
kepada kerajaan.
Harapan Felda kini mahu melihat generasi seterusnya, kedua dan ketiga terus berani mempertahankan Felda.
Jangan biarkan tangan-tangan kotor menghancurkan penat lelah serta kesusahan orang tua kita dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan