.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan
kononnya sudah mengesahkan tidak terdapat unsur rasuah dalam kes Jabatan
Air Negeri Sabah (JANS).
Kenyataan dibuat selepas khabar angin itu mula tular di media sosial yang dibimbangi boleh mengelirukan orang ramai.
Sehubungan itu, SPRM memohon semua pihak agar tidak mengambil kesempatan memutarbelitkan kes berkenaan.
SPRM juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih di media sosial bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Pengurusan tertinggi suruhanjaya itu pada masa sama sedang menimbang
untuk membuat aduan polis terhadap pihak yang menyebar khabar angin
berkenaan.
Pada 29 Disember tahun lalu, tiga individu termasuk bekas pengarah JANS
dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas
kesalahan pengubahan wang haram.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Ogos ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan