KANGAR: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaikinya dihempap
lori membawa muatan batu dalam kemalangan di Lebuh Raya Changlun-Kuala
Perlis di sini, tengah hari tadi.
Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis, Pegawai Kanan II
Marshahadi Mehad berkata, dalam kemalangan yang turut membabitkan tiga
kenderaan lain itu, beberapa pengguna jalan raya lain dilaporkan
mengalami kecederaan.
Kata Marshahadi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah hari, sebelum bergegas ke lokasi.
"Terdapat empat mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian itu
membabitkan seorang lelaki dan tiga perempuan, di mana salah seorang
daripada mereka maut akibat tersepit di dalam kereta PERODUA Viva yang
remuk.
"Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di
sini, manakala mayat mangsa yang maut dihantar ke bilik mayat hospital
sama," katanya.
Difahamkan, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan