shahbudindotcom
Biar betul?
Kata
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, kadar jenayah telah
mengalami penurunan sejak Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara
bermula pada 2009 lalu.
Beliau
seterusnya menegaskan, penurunan kadar jenayah itu adalah kerana
beberapa transformasi yang diperkenalkan oleh "bossnya" itu.
Ini cakap betul atau bodek sebenarnya?
Tetapi, mengapa masih banyak kejadian jenayah dilaporkan dalam media?
Tidak
saja di akhbar dan televisyen, malah di media sosial juga boleh
dikatakan sarat dengan berita dan video mengenai kejadian jenayah yang
berlaku di sana sini.
Selain
itu, bukan saja jenayah di peringkat "pencacai" kelihatan makin banyak,
malah jenayah di peringkat atasan juga nampaknya kian bertambah di
tahun-tahun kebelakangan jika berdasarkan apa yang dilaporkan di
media-media itu.
Jadi, benarkah kadarnya telah mengalami penurunan?
Lebih dari itu, benarkah dasar transformasi Najib menyumbang kepada penurunan kadar jenayah itu?
Tidak
cukup dengan itu, Zahid Hamidi seterusnya menambah, kadar jenayah juga
menurun dengan ketara antara 2013 hingga 2017 iaitu sejak beliau menjadi
Menteri Dalam Negeri dan Khalid Abu Bakar memegang jawatan Ketua Polis
Negara.
Paling
drastik indeks jenayah antara 2013 hingga 2017 telah turun lebih 53
peratus menyebabkan puratanya menjadi 47 peratus saja lagi, kata Zahid.
Alamak...mula-mula
bodek "boss" dengan mengatakan kadar jenayah turun sejak 2009, lepas
itu "masuk bakul angkat sendiri" pula dengan menyatakan penurunannya
lebih ketara sejak beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.
Nampak pelik kenyataan seperti ini!!
Kenapa tiba-tiba "masuk bakul angkat sendiri" begini?
Tidak cukupkah dengan memuji dan membodek Najib saja?
Perlukah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Zahid puji "boss" dan kemudian "masuk bakul angkat sendiri" mengenai dirinya pula?
Apa agaknya mesej yang Zahid Hamidi mahu sampaikan kepada Najib?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan