HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Julai 2017

Jamal Yunos ada senjata rahsia untuk Sekinchan

 
Ketua Umno Sungai Besar itu sudah mengerakkan jentera di DUN Sekinchan yang menyaksikan BN tewas di tangan DAP sejak 3 penggal lalu.


jamal-bn-sekinchan


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yakin akan menawan semula kerusi DUN Sekinchan, yang kini kubu DAP, pada pilihan raya umum ke-14.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata keyakinan mereka berdasarkan kepada peralihan momentum pengundi Cina kepada BN berikutan kegagalan wakil rakyat DAP memperjuangkan kebajikan penduduk.

“Saya memberi janji kepada semua penduduk Sekinchan walaupun 3 kali DUN Sekinchan kalah tapi kali ini saya akan rampas daripada tangan DAP.

“Saya yakin 100% kemenangan bakal berpihak kepada BN dan sudah pasti kami ada senjata rahsia,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan Indonesia
susulan tindakan pihak berkuasa Indonesia menangkap 12 nelayan dan menunda bot mereka dari perairan negara 18 Julai lalu.

Jamal menambah pihaknya sudah mengerakkan jentera sebagai langkah menghadapi PRU-14 di DUN Sekinchan yang menyaksikan BN tewas di kerusi itu sejak 3 penggal lalu.

“Kami telah fokus untuk gerak jentera dan sekarang kami sudah berjaya mengenal pasti pengundi di Sekinchan,” katanya.

Kerusi DUN Sekinchan disandang Ng Suee Lim daripada DAP. Suee Lim menang dengan majoriti 2,239 mengalahkan Kek Seng Hooi daripada BN (MCA) pada PRU-13. DUN Sekinchan mempunyai seramai 16,247 jumlah pengundi.

Tiada ulasan: