HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Julai 2017

TPM arah jabatan, agensi KDN lafaz IBR

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarahkan untuk menandatangani lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menangani gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.
 
Arahan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu, bertujuan membantu membuang persepsi buruk pelbagai pihak terutama dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.
 
“Apatah lagi Kementerian Dalam Negeri adalah sensitif memandangkan perkhidmatan kita diletakkan di barisan hadapan dan dalam konteks ini polis selalu terdedah dengan amalan rasuah.
 
“Bagaimanapun tahniah saya ucapkan kepada polis yang telah melafaz ikrar semalam dan kini saya arahkan Jabatan Imigresen untuk melaksanakan IBR bagi mengelakkan prasangka masyarakat terhadap jabatan itu,” katanya selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
 
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah melaksanakan ikrar sifar rasuah sebagai komitmen untuk memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.
 
April lalu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menjadi jabatan pertama dibawah KDN yang menandatangani IBR.
 
Ditanya mengenai rancangan Pakatan Harapan untuk mengadakan perhimpunan pada Oktober ini, Ahmad Zahid berkata, kerajaan terbuka untuk membenarkannya namun sebarang perhimpunan tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman.
 
“Mereka perlu mematuhi syarat termasuk notis dan lokasi, kerajaan terbuka untuk mengizinkan,” katanya

Tiada ulasan: