HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Julai 2017

Masih Ada Yang Terluka Dengan Tun Mahathir

The Editor

Terluka


Persoalan siapa yang akan dipilih sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan masih menjadi isu perbalahan sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang. Ini adalah berdasarkan komentar daripada aktivis-aktivis yang dahulunya menentang pemerintahan rejim Tun Mahathir yang menggunakan ISA ke atas ahli politik.

Gabungan parti pembangkang masih belum mengumumkan calon perdana menteri namun mereka sering mencanangkan Anwar Ibrahim sebagai calon PM walaupun beliau masih menjalani hukuman penjara kerana sabitan Liwat II.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang kini menjadi pengerusi Harapan, mengatakan bahawa gabungan itu tidak akan melantik mana-mana perdana menteri sementara, satu kenyataan yang hanya menimbulkan banyak persoalan mengenai calon perdana menteri Harapan.

Semasa forum yang bertajuk “Mahathir: Agen Perubahan atau Agen Pemusnahan?” Yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi, ketua Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan aktivis sosial, Hishamuddin Rais berhujah memihak kepada Mahathir namun bagi yang lain hanya berdiam diri dan memendam dalam hati. Mungkin hati masih terluka tetapi akur dek kehendak sang ketua.


Tiada ulasan: