HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Julai 2017

Bersedia hadapi pilihan raya paling kotor dalam sejarah, kata Nurul Izzah

 
Oleh

PEMIMPIN PKR Nurul Izzah Anwar memberi peringatan kepada semua ahli parti itu untuk bersedia berdepan dengan pilihan raya paling “kotor” dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.

“Saya sedar cabarannya. Pilihan raya akan datang akan jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia. Paling teruk dan penuh manipulasi daripada Barisan Nasional,” katanya.

“Kita mahu semua jawatankuasa pengundi daerah sedar terdapat sejumlah besar pengundi yang terkesan dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Dalam masa yang sama, dia turut melahirkan kebimbangan dengan lanjutan perkhidmatan ketua hakim, dan menambah pembangkang menjadi pesimis dengan cabaran yang perlu dihadapi untuk menghentikan persempadanan semula yang tidak demokratik.

“Saya mengingatkan semua untuk kekalkan kemenangan kita perlu sedar. Kami nasihatkan untuk gunakan aplikasi yang kita buat untuk mengenal pasti pengundi,” katanya dan menambah aplikasi berkenaan – yang aksesnya masih terhad – akan diperluas pada bulan akan datang.

“Kita akan mendemokrasikan aplikasi. Kita mahu rakyat tahu mereka berhak melindungi undi mereka,” katanya.

Katanya, satu-satunya cara untuk melindungi undi mereka daripada dicuri adalah dengan mengenal pasti pengundi dan memastikan mereka mengundi di pusat yang betul.

 Nurul Izzah memberitahu wartawan 112,000 pengundi terjejas akibat persempadanan semua, manakala lebih 40,000 terjejas menerusi perubahan parlimen.

“Selain itu, 28,000 pengundi pos didaftarkan oleh SPR,” katanya.

Tiada ulasan: