Ketua
UMNO Cawangan Batu 7, Hulu Klang, Mohammad Nazlee Aziz Yeop bercakap
pada sidang akhbar berkenaan tindakan merobohkan deretan kedai kayu di
persimpangan jalan masuk ke Ukay Height. foto SAFWAN MANSOR,
Ketua
UMNO Cawangan Batu 7, Hulu Klang, Mohammad Nazlee Aziz Yeop menunjukkan
surat kebenaran pendudukan sementara dari Pejabat Daerah/Tanah Gombak
pada sidang akhbar berkenaan tindakan merobohkan deretan kedai kayu di
persimpangan jalan masuk ke Ukay Height. foto SAFWAN MANSOR
KUALA LUMPUR – “Kami tidak akan berganjak dan akan pertahankan dewan ini daripada diroboh!”
Itu tegas Ketua UMNO Cawangan Batu 7, Hulu Kelang, Mohd. Nazlee Tan
Sri Sir Aziz Yeop yang kini berdepan ancaman lot dewan dan kedai yang
bakal dirobohkan di Ukay Perdana.
Sebuah dewan kecil dan hampir 37 lot kedai di tepi jalan masuk ke
Ukay Perdana yang berusia lebih 20 tahun akan dirobohkan selepas Pejabat
Tanah Gombak (PTG) menghantar notis terakhir untuk mengosongkan kawasan
tersebut sebelum 31 Julai ini.
Dewan kecil yang menjadi pusat gerakan jentera UMNO di kawasan tersebut juga akan turut dirobohkan. Sebahagian
deretan kedai kayu yang hendak dirobohkan bagi memberi laluan masuk
bagi projek pelebaran jalan utama di persimpangan jalan masuk ke Ukay
Height. foto SAFWAN MANSOR
Bagaimanapun Mohd. Nazlee bertegas mereka tidak akan tunduk kepada
arahan yang diberikan walaupun dijanjikan pampasan dan tempat
pemindahan.
“Saya akan lawan, tidak ada kompromi dalam isu ini. Kami ada bukti
penempatan disini mendapat kebenaran, kami ada dokumen yang menunjukkan
kebenaran untuk kami terus berada disini.
“Jangan usik dewan ini, kami sedia ke mahkamah untuk melawan PTG dan
juga kerajaan negeri Selangor daripada terus merobohkan kawasan ini,”
kata beliau semasa sidang media di Ukay Perdana petang tadi.
Dalam pada itu, wakil peguam kumpulan tersebut, Kamarudin Ahmad pula
berkata ,walaupun kerajaan negeri Selangor sudah berjanji untuk memberi
pampasan kepada pemilik kedai lain dan menyediakan tempat pemindahan
tetapi sehingga hari ini PTG tidak mengeluarkan kenyataan rasmi
Justeru, ia menimbulkan tanda-tanya sama ada janji tersebut akan ditunaikan atau pun tidak.
“Kami difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib sudah adakan perjumpaan dengan PTG.
“Kami juga difahamkan semasa majlis hari raya baru-baru in, Saari
beri satu pengakuan untuk usahakan tempat pemindahan dan beri pampasan
kepada peniaga.
“Tapi ini hanya datang daripada Saari, tapi PTG sehingga hari ini
tidak mengeluarkan sebarang pengesahan atau pun memaklumkan kepada kami
tentang janji tersebut,” kata Kamarudin. Peguam,
Kamarudin Ahmad yang mewakili Gabungan NGO-NGO 1 Malaysia (GN1M) dan
UMNO Cawangan Batu 7, Hulu Klang bercakap pada sidang akhbar berkenaan
tindakan merobohkan deretan kedai kayu di persimpangan jalan masuk ke
Ukay Height. foto SAFWAN MANSOR
Menurutnya, selagi tidak ada pengesahan daripada janji tersebut,
peniaga dan pemilik kedai disini sangsi dan bimbang sekiranya janji
tersebut tidak ditepati.
“Kami tidak mahu peniaga menjadi mangsa serang hendap tiba-tiba jika
PTG tidak membuat pengesahan berhubung janji dibuat oleh Saari,” katanya
lagi.
Kerajaan negeri Selangor dan PTG memberi alasan arahan perobohan
tersebut bertujuan untuk membangunkan kawasan tersebut dan membesarkan
jalan raya kerana masalah kesesakan yang dialami.
Bagaimanapun, Mohd. Nazlee mendakwa dalam pelan pembangunan Lebuhraya
Lingkaran Luar-Hubungan Timur (EKVE), terdapat lima lot kedai di
simpang jalan tersebut tidak terlibat dan mempertikaikan langkah PTG
untuk terus merobohkan kawasan tersebut.
“Daripada pelan lebuh raya itu, terdapat lima lot kedai termasuk
dewan ini yang tidak kena tapi kini mereka mahu terus merobohkan juga
lima lot ini termasuk dewan saya ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan