Oleh Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Pemboikotan yang dicadangkan PERKASA terhadap dua syarikat
yang didakwa mendokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT) boleh dilaksanakan tetapi perlu diteliti dengan lebih mendalam,
kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Beliau merujuk kepada gesaan kumpulan pendesak Melayu itu yang menggesa
kerajaan membatalkan lesen syarikat rangkaian kopi popular, Starbucks
dan Microsoft kerana mempromosi perkahwinan sejenis.
Menurut Nadzim, gesaan untuk memboikot Starbucks mungkin mudah
dilakukan kerana ia memerlukan sokongan orang ramai, namun situasi
berbeza terhadap Microsoft kerana ia merupakan perisian yang digunakan
secara meluas.
"Nak boikot sebenarnya ada kaedah-kaedahnya, yang mudah nak boikot adalah Starbucks, kalau kita dapat sokongan.
"Boikot ini kita pilih jugak, maknanya kita akan bagi satu keutamaan
kerana memboikot Microsoft agak sukar kerana banyak peranti menggunakan
Microsoft. Jadi kita cadangkan kita boleh boikot secara umum.
"Tetapi produk-produk ini adalah produk yang bertentangan dengan
aspirasi negara kita yang itu kita boleh boikot tetapi kita mudah nampak
hasil jika boikot itu dilakukan kepada Starbucks, "katanya ketika
dihubungi oleh Antarapos.
Nadzim bagaimanapun berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan PERKASA,
namun sejauh mana keberkesanan pelaksanaan itu bergantung kepada
pengguna di Malaysia.
"Dalam konteks ini apa yang kita lihat itu cukup baik kalau kita dapat
laksanakan, saya kalau boleh ingin rakyat Malaysia sokong PERKASA itu.
"Bukan semua benda kita boleh buat tapi sekurangnya kita buat satu
protes untuk tunjukkan keprihatinan kita terhadap perkara berkaitan
dengan perlembagaan, kedaulatan dan Islam sebagai agama persekutuan.
"Jadi kita ingin beri fokus kepada Starbucks kerana kita boleh tengok
dalam masa sebulan kita boleh nampak (hasilnya) kalau kita buat dan
kalau kita bagi semangat juang.
"Kita memang sokong tetapi tidak tahulah pengguna akan menerima kerana mereka melihat mudah tentang perkara ini," katanya lagi.
Beliau dalam pada masa yang sama memberikan satu anologi tentang
pemboikotan yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu
dimana umat Islam tidak membeli air yang dijual oleh orang yahudi.
"(Pada zaman) Rasulullah dulu, katakan orang Yahudi jual air, hari esok
orang Islam jual, hari orang Islam jual orang ramai datang beli air
tetapi bila hari orang Yahudi jual tiada orang yang akan beli.
"Jadi ini berlandaskan kepada semangat dan taktikal dimana ianya dikira sebagai satu langkah yang bagus,"ujar beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan