shahbudindot.com
Apa
yang harus kita sedar, insaf dan faham betul-betul di bawah kepimpinan
Najib Razak ini ialah persoalan rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan begitu banyak sekali diperkatakan berbanding era
sebelumnya.
Dan
sudah tentu isu berkaitan 1MDB, dana RM2,600 juta yang didakwa sebagai
derma dan wang RM42 juta daripada SRC International yang kononnya tidak
disedari kemasukannya, adalah paling kerap sekali menjadi bahan bual
bicara.
Rasuah,
salah guna kuasa dan penyelewengan itu tidak saja diperbualkan di
kalangan masyarakat kita sendiri atau di peringkat antarabangsa, malah
sehingga Sultan dan Raja pun turut memperkatakannya.
Yang
Dipertuan Agong menzahirkan dukacita Baginda mengenai perkara itu
ketika menyampaikan ucapan di mesyuarat pengal pertama Parlimen pada 6
Mac 2017 yang lalu.
Sebelum
itu, Sultan Perak juga pernah meluahkan kebimbangan Baginda terhadap
gejala rasuah dan pecah amanah yang dilakukan secara terbuka oleh
golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.
Baru-baru
ini, Tunku Mahkota Johor menulis warkah terbuka yang antara lain
menyebut, "Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana rasuah
telah menjadi sebuah budaya" dan "Sebuah negara di mana media melindungi
rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa
untuk menjual cerita."
Pernahkah
di mana-mana era kepimpinan sebelum ini di mana sampai tiga Sultan dan
Raja pernah bangkit bersuara mengenai rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan?
Kenapa ia hanya berlaku di era Najib ini saja?
Sebagai
payung kepada semua rakyat jelata, apakah kita harus bersikap "tidak
apa" atau "biarkan saja" terhadap semua luahan dukacita oleh Sultan dan
Raja itu?



Tiada ulasan:
Catat Ulasan