HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Jun 2020

Saya rasa bangga disokong Tun M – Tengku Zainul

Muhammad Azizul Osman
MGF21062020_CALON-BEBAS-WALKABOUT-PASAR-TANI11-681x454
Calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.

CHINI – “Kamu (wartawan) ada nombor telefon Tun Mahathir? Saya nak hubungi dia” kata calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri DUN Chini, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.

Beliau berasa bangga setelah mendapati dirinya disokong oleh bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRK kali ini.

“Alhamdulillah, Tun Dr Mahathir sokong saya walaupn saya tak pernah jumpa dia. Saya bangga disokong negarawan. Mesti ada sebab tertentu Tun sokong saya.

“Saya nak telefon dia, tak ada nombor,” katanya kepada media selepas mengadakan kempen pilihan raya di Kampung Jering, Chini hari ini.

Kampung itu merupakan salah satu tempat penempatan Orang Asli di Chini.

Semalam, Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri  mengumumkan sokongan peribadinya kepada anak kepada bekas ADUN Bandar Pekan, Allahyarham Datuk Shamsiah Abdul Hamid tersebut.

Dalam pada itu, Zainul Hisham berkata, beliau masih belum menerima surat pemecatan daripada Bersatu.

Beliau berkata pemecatannya itu hanya diketahui menerusi satu surat pemecatan bertarikh 22 Jun, tular di media sosial.

Malah beliau berkata, pemecatannya itu hanya diketahui menerusi satu surat pemecatan bertarikh 22 Jun yang tular di media sosial.

Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya semalam berkata keahlian Zainul Hisham digugurkan serta merta daripada parti itu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata, parti itu tidak akan meletakkan calon sebaliknya seluruh jentera Bersatu akan digerakkan untuk memastikan kemenangan calon dari sekutu barunya dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu BN.

SPR menetapkan PRK DUN Chini, Pahang pada 4 Julai ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun manakala tarikh mengundi awal pada 30 Jun.

PRK julung kali diadakan dalam musim pandemik Covid-19 itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, pada 7 Mei lalu dipercayai akibat serangan jantung. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: