Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin mengesahkan beliau kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Memetik laporan Malaysiakini, bekas Ketua AMK PKR itu telah bertemu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu bagi memaklumkan keputusannya itu.
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meletakkan saya sebagai pembangkang.
“Jadi, saya akan duduk sebagai wakil rakyat Bersatu di DUN Pulau Pinang,” katanya kepada Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan